Friday, August 28, 2009

(kuis2 memori lalu...ep.11)...hiasi locker, lambang peribadi...

tengah surf pic2 lama aku mase skul dulu (sesuai ke guna 'surf'?)... aku terlihat la pic locker aku dulu... bab mnghias locker, mmg best. sgt excited la. tp itulh fenomena kt sume skul yg ada asrama.

dlm bulan pertama, cm biasa la kan kena collect duit nk bli wrapper,gam, n cat... nk hias dorm la... antara tmpat yg pling bnyk bli brg adalah;

-tf value mart
-pustaka pertama
-ban seng hengsusun atur yg kemas n menarik...
kreativiti teserlah!

tp ape yg penting, locker dorm aku maser f5 pling kreatif la... haha... susun atur n hiasan dalaman yg bertemakan kaler hitam putih, disamping wallpaper mahal lg berkualiti, sgt menambah seri...

tp, skarang kt uni dah xleh bwat cnggitu dah, so simple sudey! huhu... jadi, locker korg, bagaimana?

Wednesday, August 26, 2009

(kuis2 memori lalu...ep.10)...calculator race...pernah cuba?

hari ni, tetiba teringat sesuatu ttg kalkulator ksyangan aku ni... aku beli kalkulator ni mase aku F1 (2003). dan aku still guna kalkulator tuh hingga skang(di fakulti kejuruteraan uni malay)!!! hebat kan???!haha.. takdelah, cuma, x sangka kalkulator tuh bleh btahan hga skang, padahal dah banyak kali jatuh kot....




tp, skang ni aku bukan nk diskuss ttg ketahanan, kesejatian,kekuatan kalkulator aku ni... tp, bg budak smsta msti ada yg pernah main lumba guna kalkulator kan.... haha. x leh blah... dan yg paling aku igt, org yg semang main game ni adalah ASRUL ARIFF... haha, sambil tekan butang "=", mulut dia, fuh mcm tgh baca mantera... kui2.

dan yg stu lagi, sindrom dak smsta gak, modified kalkulator... dan aku pun mencuba, dgn menambah background, n spray kaler lain kt kalkulator aku... sempoi n otai kan!!! anda, ada berani???

(wacana ilmu...ep.2)... Special for PMR student...

oleh kerana PMR yg makin hampir, so adalah amat penting utk anda terus berusaha dan ber'study' seboleh mungkin... so, kt sini, saje je nk kongsi nota pendek ringkasan bg subjek sains ting 1,2,3.




nota ni, xlah sempurna, tp harap dpt membantu korg utk study.
kalo mau download klik sini ye:
Nota Sains

p/s: pic ni ada skit perbezaan ngan nota sebenar.
jenis dokumen; mic. word.

Sunday, August 23, 2009

(Wacana Ilmu...ep.1)... satu projek dua kajian...


Pembuka tirai projek ujikaji bagi subjek Static bg student dept design n manufact, Prof Dr Zahari tlh bg tugasan utk buat model ‘truss’. So firstly, mmg tersangat excited la nk buat menatang ni.
So, first2 sampai g shopping kt mid utk bli brg2, spt toothpick, n lidi. Bila dah penat buat, tetiba di’informkan bahawa xleh guna lidi. Then aku pun tukar plan terpaksa guna batang mancis. Bila dah stat guna btg mancis, tetiba, test punya test mmg x teguh lgsung... esknye, lps g jumpa sndrik ngan prof, bleh guna lidi, tp mst dipotong2 mcm btg mancis.
hepi!
Then, projek pun di bina smula.. penat, sdgkan sok kena present dah... mlm tu stay sampai kul2 pagi... kt engine tower... huh, sgt mncabar kesabaran...
Bila diuji esoknya, fuh! Sume load bleh ditampung!!! Haha, excited gila, tp Cuma satu je, too much material used... so, itulah kelemahannya...
Tapi, apa yg dua kajiannya?
Kajian kedua; ranking ‘super glue’ yg terbaik... coz, sepanjang tu mmg bnyk guna super glue yg pelbagai brand... so;



1st place: Unicorn Super Glue
2nd place: Esi Super Glue
3rd place: gam UHU
4th plae: TOYO super Glue
5th place: gam gajah cap Oren... haha

Monday, August 17, 2009

(kuis2 memori lalu... ep.8)... cerpen "tak tercapai akalmu".

TAK TERCAPAI AKALMU.


Berat hatiku untuk meninggalkan bumi Australia yang memberi seribu erti dalam perjuangan kerjayaku. Bagiku, negara kanggaru ini sangat menarik tetapi rasa sayang akan tanahair aku, Malaysia masih mengatasi segalanya. Alhamdulillah, akhirnya Satzim’s Holdings Sdn. Bhd. Berjaya membuka satu lagi cawangan hotel di Australia. Tidak sabar rasanya untuk kembali ke Malaysia, berjumpa dengan Hj. Jaafar serta Hajah Zaliha yang juga ibubapaku serta keluargaku yang tercinta.

Ketika di dalam pesawat, aku berasa dahaga. Almaklumlah, masa perjalanan selama lebih 10 jam. Aku memesan jus oren. Beberapa minit kemudian, seorang pramugari datang ke arahku dengan membawa segelas jus oren. Orangnya manis, dan bernama Amira. Ketika pramugari itu mendekatiku, dia terkejut dan barulah aku tahu bahawa dia adalah Amira, teman sekelasku ketika di SEMESTA. Amira nampak akan ‘tagline’ Satzim di atas komputer riba aku. Aku tidak dapat berbual dengan lama. Amie memberitahuku bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan dengan Acap, yang kini seorang juruterbang pada hujung bulan ini. Insyaallah aku datang, itupun kalu kerja aku tidak bertimbun.

Aku terlelap ketika asyik mengimbau kenangan lama. Beberapa jam kemudian aku terjaga, sudah hampir tiba. Aku sempat memandang ke luar tingkap(mujur duduk di tepi tingkap), aku dapat lihat ladang ternakan yang luas. Aku terbaca papan tanda gergasi yang tertulis “Ladang Lembu Yuss”. Ohh... inilah ladang ternakan lembu yang paling luas di Asia, milik Yusra(KT 5.1). Si Yusra memang suka tidur dalam kelas terutama masa Sejarah. Terjeritlah Cikgu Robibah yang juga dikenali sebagai Cik Rob. Kurang satu jam kemudian, akhirnya pesawat ini selamat mendarat. Sekarang ini, turun dari pesawat, tidak menggunakan tangga macam dulu, sekarang ada ‘lift’ elektronik yang direka dua syarikat teknologi terkenal Farbukar & Dannahia Corporations Sdn. Bhd. Dari jauh aku lihat, Danial dan Faris sibuk memeriksa alatan mereka.

Apabila aku melangkah masuk di balai ketibaan KLIA, mata aku sakit dek pancaran ‘flash’ kamera yang bertalu-talu. Fuhh... terasa bagaikan bintang Hollywood pula. Mungkin para pemberita mahu menemuramah aku atas kecemerlangan perniagaanku di Australia. Tetapi apabila aku melepasi mereka, ppara pemberita itu kelihatan bersahaja. Hampir jatuh aku dibuatnya akibat dirempuh pemberita dan wartawan. Alamak, rupa-rupanya Ema dan Mai yang baru balik penggambaran drama ‘Manjalara 100’ di Sydney. Malunya, tapi aku bangga sebab kawan aku dah berjaya sebagai pelakon terkenal. Mai dengan watak Manja, si Ema sebagai Mama Nomi. Setelah lama aku amati, si wartawan yang ‘over’ berbaju merah jambu rupa-rupanya ‘mama juwieh’ @ Izzat, juga rakan sekelasku. Tak sangka, dulu-dulu semasa kelas pun kami tak boleh tinggal cerita Manjalara. Mai pulak berangan nak jadi penyanyi, nak tubuhkan kumpulan ‘Ba-Two’ dengan Ema, tapi tak kesampaian.

Ketika berada dalam ERL, aku dapat panggilan daripada Farah Najwa. Hish... sibuk betul budak Labuan ni! Dia menjemput aku untuk majlis perasmian Jambatan Elektomagnetik yang menghubungkan Labuan dengan K. Lumpur. Ala- ala konsep fizik. Tiba-tiba, seorang budak berpakaian seragam sekolah datang duduk di sebelahku. Ramainya budak. Aku terdengar mereka memanggil nama Cikgu Aina. Oh... Aina rupanya. Aina selalu bertelagah dengan Aiman dalam kelas. Aina memberitahuku, Mikhwan, Masyem dan Fadhil sudah jadi profesor. Sekarang setiap sekolah bukan setakat ada pembantu makmal, tapi siap dengan profesor lagi!

Sampai di K.L. Sentral, suasana sesak dan rasa rindu terhadap keluargaku kembali menjelma. Dalam perjalanan itu, aku ternampak promosi jualan motosikal jenama Malaysia “Salezuki”. Hasil usahasama Farahiyah dengan Ain mereka menubuhkan ‘Farahain’s Motobikes Sdn. Bhd,’. Aku berasa amat penat lalu terus menelefon pemandu aku untuk datang mengambilku. Beberapa minit kemudian, Pak Othman, pemandu keluarga aku tiba. Aku mengarahkan Pak Man supaya berhenti sebentar di hotelku. Sudah lama aku tidak ke sana. Tiba di hotel, semasa aku ingin naik ke pejabat aku, aku dapat lihat terdapat satu sesi fotografi sedang dijalankan. Aku terus menuju ke pejabat. Nani yang juga setiausahaku, memaklumkan bahawa esok ada pihak yang menempah hotel ini. Aku menyerahkan tugas itu kepada Fuziah yang bertindak sebagai Penolong Pengarah Satzim’s Holdings Sdn. Bhd. Tiba- tiba ibu menelefonku. Aku segera pulang ke rumah.

Setelah siap membersihkan diri, aku bersedia untuk solat maghrib. Penatku masih berbaki lagi. Selesai menunaikan solat maghrib, aku menonton televisyen sebentar sementara menunggu masa untuk turun makan malam. Aku sempat menonton Forum Perdana Ehwal Islam. Kesemua ahli panel itu aku kenal iaitu Dato’ Rahimy, Tan Sri Sazwan serta Ustazah Dalilah. Mereka pernah menyertai pertandingan Forum Remaja ketika di sekolah. Emak memanggil aku untuk turun makan malam bersama mereka. Kebetulan malam sabtu, jadi kami sekeluarga sempat menonton Akademi Fantasia musim ke-10. Erm... ingat lagi dulu tumpang tengok AF di rumah Jabar Sensei. Mak aku suka dengan suara Dhiya. Katanya, vokal Dhiya lain daripada yang lain. Sedap sangat ke suara si Dhiya tu? Aku tak berkesempatan lagi menonton AF 10 ini. Lepas aku tengok. Rupa- rupanya lelaki. Nama macam perempuan. Nurdhiya’ Aizat, pernah sekelas denganku. Tapi apabila dia mula menyanyi, televisyen aku berkelip-kelip. Tapi, apabila dia selesai menyanyi, tv aku kembali seperti biasa. Pelik!

Semasa tayangan iklan, aku terlihat seorang model yang mempunyai bibir tebal. Ala- ala Angelina Jolie. Macam kenal, ohh... rupa-rupanya Haszuani Antika @ Waniey. Sekarang, dia dah jadi model produk D’Lela Cosmetics milik Qit. Mereka berdua memang pandai buat muka masa dalam kelas. Aku membelek VCD terbaru. Emak aku suka menonton VCD masakan. Salah satu VCD masakan itu adalah Aiman sebagai tukang masak lalu aku memasangnya. Aiman sekarang sudah jadi tukang masak terkenal. Dalam VCD itu, Aiman bergandingan bersama Noli. Kembang- kempis hidung Noli menangkap aroma masakan Aiman. Teringat peristiwa ‘cooker’ bersama Teacher Jamilah dalam kelas bahasa Inggeris dulu. Setelah aku menutup VCD tersebut, aku terlihat iklan konsert artis hip hop Amerika Eminem bersama Azimen di Stadium Putra Bukit Jalil. Mahalnya harga tiket! Tak jadi pergi. Seronok bila tengok kejayaan yang dicapai bekas pelajar 5 al-Razi 2007.

Tiba-tiba, aku teringat akan komputer ribaku yang tertinggal di pejabat. Aku bergegas pergi ke hotel aku. Setibanya aku di hotel, aku terserempak dengan Dhiya yang diberi pelepasan Maestro untuk ‘reunion’ di hotel aku. Ohh... bekas pelajar 5al-Razi ke? Seronoknya dapat bertemu dengan mereka!

“Woi. Hafizuddin!. Bila ko nak bangun dan bagi salam ni?”. Alamak! Macamana tengah solat hajat pun aku boleh berangan ni? Nasib baik solat sunat. Bila aku bangun, aku lihat ramai junior yang memerhati ke arah aku! Ayaark!!!
5 al-razi 2007


Oleh:
Satzim’s Ide & 5 Razians ’07.


ok ke tak???

Saturday, August 15, 2009

(Tirai privasi...ep.1) transformasi> rumahku, syurgaku.

Satu kezutan kpd korg yg sudi ter’click’ ke blog personal aku ni... bukan semuaorg mampu dan mapan semangat seperti anda, hga mampu sampai ke blog santai ini...
Ok, satu pendedahan ttg hidup aku... nama pun tagline “ kenali aku...” kan,

so, buat pertama kali, post yg pertama >tirai privasi< akan menyingkap kehidupan aku di Kg Berchang, (sentimental village), Kuala Lipis, Pahang.

Jd, sbgai mukadimah, kali ni i’ll show all of u, transformasi teratak keluarga aku...

dulu2

zaman pertengahan...

terkini> cetusan ilhamku...

Aku tak tinggal di kondo2 mewah,
aku tak diami banglo2 bertingkat tinggi x rendah,
aku tak betah duduk di vila mahal x murah,
namun aku bersyukur, aku bahagia di rumah kampung yg meriah,
mujur bukan di bawah jambatan berlantaikan tanah.

Friday, August 14, 2009

(kuis2 memori lalu...ep.9)..polio, BCG... takutkah anda dgn picagari?



Ingat atau tidak, bila ada peg kesihatan dating skul utk bg suntikan...
Darjah 1, darjah 6, form 3...
Yg penting aku xleh lupe mase skolah rendah, ada la mulut2 jahat cite nnti dia cucuk guna jarum yg dia bakar dulu la... n mcm2 lg...
anda pilih utk tgk dia cucuk @tak?

Tp, kalo mase darjah 1 dulu, lepas je student kena cucuk, cikgu terus pasang lagu, n juz blaja nyanyi lagu2 BI..
Ingat lg x:
Ba ba black sheep....
Yes sir yes sir....
One for my master n one for my ....
But not for the little boy that’s cry down the lane....
Btul ke lirik lagu tu? X ingat dah..
Tp, knapa mase f3, lepas kena cucuk, trus smbung kelas cam biasa???
Skang ni, kita kena survive sndirik... takut kena penyakit, so terpaksa la serah diri g klinik pelajar UM utk elak Rubela... adus!

(kuis2 memori lalu...ep.8) Gigi gergasi...

gigi gergasi...

zaman dulu2

Apa ada ngan gigi gergasi??? Korg ingat lg x bila mase tadika, or zaman skolah2 rendah dulu2, bila ikgu bgtau “ok murid2, esok tolong bwk gelas atau cawan...”
Apa maknenyer?hurm, kita pun apalagi...”yeay! esok ada jamuan...” bila tiba ari esok, jeng jeng jeng!
“jom kita periksa gigi!”... haha, then mase tulah ada nurse or ‘mee cee’ (camne nak eja misi ek?) akan ajar cara2 gosok gigi...
1. Gosok depan (keatas kebawah tau)
2. Tepi,
3. Blakang gigi
4. Lidah,
Then kita akan kumur gune air dlm cawan yg kita bwk td... haha, motif?
>>> dapat ubat n berus gigi percuma!!!
anda pernah lalui ini?

Tp, yg penting sepanjang zaman skolah, aku x penah kena cabut gigi la, tp mase f4 je, slek sket, kena tampal. Aiyo, korek punye korek, then letak simen kt gigi aku... tp insyaallah, pasni dah takde roadshow check gigi dah... ( tetiba ada kt uni plak kan..)...

Sunday, August 9, 2009

(Glamorama...ep.1)...siti ohh siti...



siti pakai apapun cantik, walopun tudung saji... hihi


suka fesyen ni...(APM '09)

impian peminat2 ct..

dulu2...






selesa berselendang...

Sebagai mrasmikan label ‘hiburan kali ini’ bg edisi yg 1st ni, nk berkongsi la sket ttg penyanyi yg disayangi ramai rakyat Malaysia, siapa lg kalo bukan Dato’ Siti Nurhaliza. Mase tgh lepak2 ngan kengkawan petang td, tetiba tersentuh la isu tudung Ct, then, mereka pon ckp la, tudung Ct makin lama makin ke kecik... tapi aku hanya mampu mendiamkan diri...
Of coz, sebagai slh sorg peminat Ct mmg la nk yg terbaik utuk dia. Tapi dlm hal ni, semuanya terletak pd hati budi masing2. Benda mcm ni, bukan bleh dipaksa. Jd, berikut merupakan rentetan penyelesaian bg isu ini:
________________________________________________________________
Pada tarikh 26 April 2008, Datuk Siti Nurhaliza telah membuat pengumuman di satu sidang akhbar eksklusif bahawa beliau akan mengekalkan imej berselendang iaitu menutup sebahagian daripada rambutnya dan bukannya bertudung. Menurut Siti,
“Siti bukanlah memakai tudung tetapi lebih kepada memakai seledang.”
“Soal bertudung ini, Siti sebenarnya ingin lakukannya secara perlahan-lahan. Siti masih dalam proses menyesuaikan diri dengan penampilan baru ini,” tambah beliau ketika di sidang akhbar berkenaan.
Isu tudung di Malaysia ini merupakan satu topik yang sensitif kerana ianya bersangkut-paut dengan tuntutan agama. Keikhlasan Siti dalam mengenakan selendang sering dipertikaikan para peminat yang inginkan Siti mengenakan tudung secara sempurna seperti Waheeda, Ekin, Azizah (TV3) dan Sheila Rusly sebagai contohnya.
Ditanya tentang wujudnya cakap-cakap orang yang tidak menggemari cara beliau mengenakan ‘tudungnya’, Siti mengambil sikap tidak ambil pusing. Katanya
“Semua ini Siti lakukan bukanlah kerana sesiapa tetapi hanyalah kerana Allah.“
_______________________________________________________________________

KONKLUSI:
bertudung xsama ngan berselendang...

Friday, August 7, 2009

(Lakaran kehidupan...ep.2).. bersyukur dgn apa yg kita ada.



Petang td, dah bermulanya Festival Konvo UM (FESKUM) 2009. Walopun baru hari pertama, banyak a booth2 yg dah beroperasi. So, antara masa terluang sementara tgu lecture seterusnya, aku pun intai2 la gelagat org ramai.


Dah penat berjalan2 tuh, aku pun pergi la kafe KPS untuk isi perut yg dah berinang masri ni. Untuk makan tengah hari, aku makan cam biasa la nasi ngan 3 lauk... rm 4.50 campur ngan air. Lepas makan, aku pon pegi la semayang zohor kt surau sebelah kafe tu...

Bila dah siap solat, sementara aku tgu kwn aku yg sorang ni, aku lepak2 la kat luar surau tu sambil tgk2 org lalu lalang. Tak semena2, ada sesuatu yg buat aku jd sayu...
Ada dua org pekerja indon yg berbaju biru lalu depan aku, kt tgn masing2 ada 1 plastik kosong ngan straw, then dorg amik air kosong kt water cooler guna plastik tu. Lepas tu, dorg pon duduk atas tangga n mula alas perut dorg. 4 ur information, dorg hanya makan goreng pisang yg pd aku lebih kurang rm1, n air kosong yg br diambik kt water cooler!

Da point is, dorang penat keja berat seharian, tp dorg makan tenghari juz dgn rm1 goreng pisang! Tp aku yg pergi lecture naik bas free (pekerja dah la x leh guna shuttle bas) ke fakulti, duduk dengar lecture atas kerusi berkusyen, serta ber ‘air-cond’ makan tengahari sampai rm4.50!??? mcm mane ni?

Aku xtau la kalo seblum tu dorg penah makan nais dah ke or x. Tp aku x rase mcm tu. Kalo betullah anggapan aku tu, aku bersyukur sgt jd rakyat Malaysia yg hidup penuh sderhana n hamper sempurna. Tp, cuba bygkan kalo kita berada kt tempat makcik berdua tu, mungkin pd dorg itu dah cukup sempurna n bahagia walau hanya ckup dgn RM1 goreng pisang.

Thursday, August 6, 2009

(Lakaran kehidupan...ep.1)... Speaking BI, baik jika untuk memperelok, geli jika utk menunjuk.



Seperti biasalah, pg tadi bersamaan hari Khamis, bersesak2 naik shuttle bas UM nk pergi lecture. Nk dijadikan cerita, bas yg aku naik pg td jenis cm bs rapidkl... mase dlm bas tu, aku terperasab ada la 2 org budak pompuan, yg tergedik2 berdua berdiri kt area tangga bas n masa yg sama sebelah aku.

Aku pun x tau la ape perasaan aku. Sorang bertudung, yg sorang lg x bertudung. Yg bertudung tu ala2 cam Yuna la. Then, dorg berdua ni speaking2 la antara dorang tu. Sbgai student UM, mmg x janggal pon bila budak melayu speaking2 ni, tp yg ‘meresahkan’ aku, stail dorg ni ckp2 pastu pandang2 org len. Ek eleh, ko igt aku x paham BI ke wei??? Haha,


Then, dorg ni budak law kot. Tgh sedap2 dorg nih speaking, tetiba minah yg pakai tudung tu tekan loceng sbub nk benti, tp x bunyi! Adoyai... lalu terjerit la dorang “ tak bunyi, loceng x bunyi!”... aku pon berpandangan sekejap ngan kawan aku. Then ku tekan la loceng yg sama yg budak tu tekan td, bunyi je! Cik akak oi, tekan loceng pun x bermaya ker?! Aduss... lepas dorg turun dr bas, aku Tanya kwn aku kt sblah, knapa td dorg x menjerit “please, the bell is not ringing” atau ape2 broken English yg lain....???? arg tidak!

Mungkinkah, mereka tidak sempat fikir n susun ayat? Hingga terkeluar jugak BM dorang... hurm, walau apapun, cuba speaking BI tu bagus, tp perlu kena caranya. Konklusi, kalo nk speaking, speaking dgn penuh berhikmah... jgn ada niat lain ok!

Wednesday, August 5, 2009

(kurasakan sekarang...ep.6)... gelaran ‘abang & akak’ hanya utk jgkamasa tertentu shj?

Oklah, kali ni nk bincang ttg gelaran2 yg kita guna dlm idup stakat ni. Hurm, cam biasa, aku mase skul dulu mmg dah dia ajar utk respek senior, hari kedua je dah kena warning ngan senior2 supaya bg salam n pgl ‘abg’ pd senior2. So sampai hari ni habit tu masih melekat kt aku.

Nak dijadikan cite, mase pasum, ditakdirkan aku sebilik ngan budak APIDS yg tua setahun. So, bila aku dah tau dia tua dr aku, mmg rasa serba salah nk bahasakan diri –aku ko. So, dia terperasan la keserba-salahan aku tu, dia pon bahasakan dia ‘abg’ la... so aku lega sket la...

Tp, bila aku cita kt kengkawan aku, dorg sume ckp aku ni poyo n tah pape. Sebab aku pgl rumet aku ‘abg’. Erk, apa salahnya? Bg aku x kisahla seseorg tu tua berapa hari, bape jam sekalipon, kalo dia tu tua dr kita, x salah kan kita respect dia?? Baru2 ni, aku terserempak ngan senior mase skul kt kolej aku la, then mmg automatik kuar “abg study ape skang?”... so xleh nk ubah da... sebab dulu2 dah slalu pgl abg.

Ada satu hari, aku tgh lepak2 kt 1 tempat ni. Tetiba ade la budak ni tegur aku...”ooo ko, study ktne skang?”.. junior aku kot... tp berlagak cam kita kawan dia je... tp aku balas jer... sbb ada kwn aku kt situ. Tp dlm hati, ei budak ni, kuar skul trus dia pgl –aku ko- dgn aku? helo, kita ni sebaya ker? Banyak cantik! Aku bukan la mengharap sgt dorg respek terlebih, juz, nmpk sgt la respek dorg selama kt skul dulu adalah palsu n lakonan semata2. Kenapa mcm tu? Respek org yg lg tua kan benda yg baik. Kenapa bila senior ajak merokok senang je nak ikut... x ajak n ajar pon, bleh try sendirik. Tp benda baik cenggini, terpaksa dipaksa... adoyai... sedih tol.

Hurm, anyway, xpelah, yg penting aku bukanlah abg2 geng rugby yg merelakan junior pgl –aku ko- sesama dorg. Bg aku, kalo ko xnk pgl ‘abg’ pon, ckup “er, study kt mane?”. Tak perlu guna apa2 kata ganti nama. Itu lebih baik dr aku rasa menyampah ngan org yg perlu dipaksa utk respek org yg lebih tua... (ayark, aku dah tua ke???)

Monday, August 3, 2009

(kuis2 memori lalu… ep.7)… dorm ku,… semesta ku.



erm, mase f1, aku dapt dorm yang sgt special la, sebabnya satu2nya dorm f1 di aras dak f3 iaitu D104. dorm yang paling best! Haha, majority budak2 dorm tu dtg dr lipis. So kuar je la loghat memasing. Tapi mmg best la dorm tu. Tak leh lupa makan Maggie dalam gayung, makan gulai tempoyak cicah ngan roti yusra yang bawak, n mcm2 lagi. Yang paling aku ingat, pipi merah gebu aku ni di lempang oleh ijud sam. Argh, sakit ati tol! Maser tu, summer orang kena lempang, baldi pun pecah kena terajang ngan dia, haha lawak tol. Yang paling aku bengang skali,
bebudak ni pakat buat hantu bungkus atas
katil aku, bajet aku cuak la bila balik dr prep
malam, tgk2 ader ‘benda’ ata tilam aku? Haha padahal mmg real pon, tp seb bek ader informer yang simpati pada aku, bgtau awl2 pd aku. Haha. Siot je.




ingt lg, mase hr terbuka asrama, ader 'Sure Kecoh booth' kt Serambi Ukhwah... tp mase aku f5, diganti ngan dobi.fm oleh budak2 matrix. mase f1, sume excited bwk balik food. bila hr ahad,mmg kotor gile dorm, penoh ngan kulit buah2an, minyak lauk2... tu yg esoknya mmg x sempat nk kemas...(alasan je) bila bulan puasa, cikgu sharudin ada jual air soya... then, hr biasa2, ada aiskrim. pling takleh lupa, ada stu mlm, dia mengamuk sbub budak2 bising n menyebabkan baby dia nangis xleh tido... huhu... berdentum kilat lepas dia sebut perkataan 'bodoh!'... cuak dowh!

lebih kurang la..


kitorg jgk penah skodeng budak f2 mase tuh kena blasah kt bilik study...(wow!) budak dorm aku sume panjat loker sbub nk tgk street fighter live tuh.




Then, paling takleh lupe, time f1 kisah ngan izzul naim. Bapak dia ni sporting gile. Mmg hamper tiap minggu kitorang escape balik kampung. Mcm2 skil la nk fly balik kampung. Alamak. Kalo ader warden2 yang bacer, sory yer, ni citer lalu. Hehe tiru tandatangan tu dah biasa la. Sebabnya tandangan cikgu sharudin mse tu juz ‘SSR’ je. Haha so mmg la senang nak di’copy’. Tapi mase f1 je tau, pastu dah insaf n jadi baek. Hehe. Lagipun hem maser tu, en amiruddin mmg senang gile kalo nk outing, balik kampung, buat je muke kesian, msti dia bagi balik. Homesick la katakan. Tapi, masuk f2 homesick pond ah berkurang, so lebih la sket utk study…

(kurasakan sekarang… ep.5)… SEMESTA dulu dan sekarang…




Sukan Tahun 2009


Sukan Tahun 2007




Musytari muncul juara








johan kawad kaki





kreatif...







Hurm, satu topic yang agak best. First of all, tahniah kepada warga semesta sebub dah dpt gelaran kluster skul. Bdw, mgkin ader isi2 kt bawah ni berbentuk kritikan, tapi, untuk berjaya n maju kehadapan, kita amat perlu mencerna komen2 dgn positif n bukan dgn
pujian melambung semata…

Hehe, suspens.. oklah. Sebagai ex student, mmg la bangga dgn skul lame aku ni yang dpt kluster da kan.. tapi, kalo di pikir, banyaknyer beza dulu n skarang.
Tak kira la dr segi pelajar ke, ibubapa ke, infrastructure ke, or guru2 tu sendiri. Mungkin yang ada skang ni adalah disebabkan gelaran kluster… hurm, ape yang beza dulu n skarang.

Ni satu hal la, taun ni, aku pergi sukan skolah. Cam biasa, aku nurdhiya, Rashid, n maser tu ada kak ara, kak aisya yang lepak2 ngan kitorang. Tapi dalam hati aku, sangat terkilan dengan sambutan taun ni… parent yang datang aku rasa bleh dikira dgn mulut je. Aku tak tau aper yang berlaku. Cara promosi ke yang salah? Atau aku ader dengar gak, pengetua mase tu, en. Hadi, nak sambut sederhana, sebab ekonomi gawat. Erm, oklah. Itu keputusan orang pro, so mmg tak bleh ckp pe la…

Yang buat aku meruntun hati ni, ke mana parents menghilang. Tak meriah langsung.
Acara sambutan sukan sekolah rendah aku (sk berchang) yang kat kampung, n
murid tak sampai 110 orang tu pon meriah ngan acara rakyat, n sebagainya, tapi skul
aku ni, yang student pandai2, parents nye yang kerja bagus, percentage xtvt
masyarakat, social is really out!. Ape kes ni??? Tak paham aku. Ke
bersama buat pintu gerbang...
sian aku tgk atlit2
umah sukan, juz berjuang untuk dapatpingat, naikkan mata umah, n disorak awek2
kt tepi padang. Tapi hampa, takde parents yang datang tgk kejayaan yg dikecapi.
Hurm… tak tau la…

Then, ni dr segi student la plak. Ttg hiasan rumah, tak tau nak cakap, moderate la. (jaga hati banyak pihak)… alasannyer= pentadbir tak benar kuar ngan cikgu cr kotak2 kat Bandar… anda tau tak, betapa bestnyer pengalaman cari kotak banyak2 utk buat hiasan rumah… pengalaman ni kita takkan ulang mase lain tau tak… ngan kawan2, kita g cup kotak, n kol cikgu suh dtg amik… sgt best bagi aku. Mcm aku dulu, cr kotak kat kedai belakang aktif raub, so, 2 kali punggah gune keta cikgu rahimy, n kitorang mmg enjoy dgn sume tu… alangkah kesian, adik2 kitorang skarang dah tak merasa sume tu… nasib la korang.

Ttg kawad dah satu lagi…. Bila budak dah manjer, ‘jantan’ macam mane pun seseorang tu, kalo dah kawad pun, alahai cam cik kiah lenggang, adoyai! Sakit mata nak tgk… senior2 ni tak bleh tegur ke anak buah dorang ni. Bab ni, aku teringat la zaman aku f3 dulu, si abg mamat, umah marikh mlm2 pun berlatih kawad kt tgh padang. Tulah bezanya, semakin manja dibelai budak skang, ha jalan kawad pun dah melenggang. Siap bleh garu2 kepala lagi.. pelik2… tak serius la. Sedeh aku…

Hurm apalah nasib korang ek… tapi, oklah, korang pun tak banyak kerja dah kan… tapi, korang mmg kurang la dpt merasa pengalaman cam student dulu2. mungkin student dulu2 bukan student kluster, tu sbub pikir mende remeh2 camni. Tapi bagi aku, utk lahirkan pelajar yang cemerlang, adalah pelajar yang seimbang, jasmani emosi rohani n intelek. Majulah akademik segempak maner pun, tapi kalo hal yang remeh mcm ni pun dah rebeh, hurm… ups no komen la… nnt aku di banned plak.. nway, komen2 ni utk budak semsta yang akan teraju semesta. Utk taun depan, buat lah gempak sket. Bajet sederhana tak bleh jd alasan xtvt tak meriah. Cuba lah bawak berbincang ngan parent, saper lagi yang nk sokong anak sendiri. Dalam stahun, bape kali sgt la semesta anjur xtvt ngan ibubapa. Student2 kluster, fikir la, org luar tgk tau aper yang kluster nyer semesta ni. Kalo event yang basic pun buat alakadar, hurm, ape agaknyer tanggapan org luar? Mane tau, perarakan citrawarna Malaysia akan ada smula di padang A semesta, walopun tanpa cikgu jabar, semua tu atas usaha student semesta… gut lark.. tgu pandangan saya ttg menda lain plak… hehe peace!

Saturday, August 1, 2009

(kurasakan sekarang... ep.4) tarian tradisional vs tarian moden(shuffle, breakdance)... etc






Sepanjang cuti 2 bulan lebih ni, bila aku keluar Bandar Lipis yang permai ni, ada la informer aku bgtau kt kawasan Centrepoint tu, kalo ada bdk2 muda lpak2 ramai2, dats mean mst ada breakdance or shuffle. O yer ke. Maju jugak budaya budak lipis ni...huhu

Actually, aku tak kesah pun ngan org2 ni, coz mgkin minat dorang lebih tertarik dgn budaya luar. Tapi da point is, shuffle is not a culture 4 me, ia hanyalah fenomena semata2. Kebelakangan ni femes ngan shuffle, tgk la bape lame benda ni femes???...(tp, ada aku kisah?)

Oklah, aku bukanlah jenis yang kutuk2 pihak lawan.. tapi aku juz pelik mengapa n kenapa sesetengah org memandang sepi budaya sendiri. Mgkin mcm syok sendiri n poyo, tp, fikirlah ek, kita sanggup belajar tarian yang asing dr budaya kita, dan bangga bila perform depan org ramai, tapi bangga atas aper? Usaha kita belajar tarian tuh?then? so what? Aper lagi extra point yang kita dapat? Orang luar yang bangga sebab fenomena yang diorang cipta, sudah kita sanjung. Tapi tarian kita sendiri pun fail nk perform. Kalo kita bergaul ngan foreigner’s student kan, takkan la nk kecoh kita pandai breakdance n shuffle, tah2 dia lagi pro dr kita. So cr la menda yang dia tak tau... tapi kalo ade insan yang pandai kedua2 aspek, wow, respect la. Lagi bagus mcm tu, versatile.




Yang aku pelikla kan,org melayu ni, kalo menda yang org luar buat, kejap je bleh ikut. Tapi bila budaya sendiri, bukannya nk tgk, kutuk2 lagi ader. Aku nak tau la,hebat sangat ke ko nak kutuk org yang pandai menari ni? Kalbagus tak pe la jugak. Ni dah la tak sedar diri, duduk kat Malaysia tap ink sanjung warisan luar. Sounds stupid la org cenggini. Aku nak tau la kan, main bola kalo tak praktis pon boleh bantai main je tau, tapi kalu menari, apatah lagi tarian tradisional, hurm, kalo tak berlatih mmg tak boleh... ni fakta tau... kena terima la. (bagi yang selalu kutuk2 bdk menari la).

Jangan malu dengan budaya sendiri,
Jangan menghina penyambung warisan,
Andai diri lemas dalam identiti,
Melainkan melayu yang hilang pedoman.

PreviouS EntrieS

Random Posts