Wednesday, March 24, 2010

(lakaran Kehidupan...ep.10) Syukur kepada tuhan, atas rahmat-Mu. ::Tarian Kreatif::

Wah, lame betul gap mase dr entri tarian asli ngan entri kali ni... bukan ape, bz la... ngan test2 last minute. N skang da nk msuk study week pon (walopun da ada yg stat exam).

So, kt sinilah aku nk share sket ttg tarian yg kitorg perform utk Feseni ’10. Taklah hebat mana. Tapi bak kata org, seni tu buta. Ada yg kata tarian cam bosan je, tp nk x nk kena terima la kan.... nk buat camne org nk kata camtu. Tp apa2 pun, itulah yg jd juara. Bukan apa, sumtime, kita x dpt tangkap msj yg dibawa kan... so, ada org bleh tgkp, ada org lmbt sket. Jd kt sini aku cita la sinopsis tarian ini.

Bertajuk “Mengumoh”:
Membawa maksud, bersawah.


“Tarian ini berkisar ttg cara hidup masyarakat suku kaum Ranau Sabah, dlm menjalankan aktiviti bersawah. Tarian ini turut diselitkan dgn elemen ritual suku kaum tersebut yg meminta semangat dr bambarayon iaitu semangat padi supaya hasil tanaman menjadi subur”

So that’s why, ada yg campak2 padi, ada yg jd padi, ada yg meneroka alam utk aktiviti dorg.... ok. Namapun tarian kreatif kan.... huhu. Nway, layan la picca2 n vid ini.

Tengah tunggu turn, Last skali kan... busan da.


Bersama kru teknikal yg nyak tolong. tq

p/s: vid ni mase mlm juara2, so mmg x perfect mcm mlm pertandingan. Nnt kalo aku da ad avid mlm pertandingan, aku update ye.

TRIVIA:
anugerah:
>>> Juara Tarian Kreatif 2010
>>> Busana Tatarias Terbaik
>>> Koregrafi Terbaik.

Kos utk props: RM800++
Koreografer : Mr Hamid Chan
Bilangan penari: 15 org.
Kolej kediaman kelima,
Dayasari

Sunday, March 21, 2010

(lakaran Kehidupan...ep.9) Syukur kepada tuhan, atas rahmat-Mu. ::Tarian asli::

Aku still igt mula2 meeting utk Gema Nusantara (team tarian kk5), hanya 3 org yg dtg utk jd dancers GN. So, lps senior2 kata dorg bz diz year, nk x nk kitorg kena cr org br utk jd dancers. wow, ikut pengalaman aku la mse skul dulu, susah dow nk cr penari, apatah lg penari lelaki!
hurm, satu tanggungajawab la kpd aku sbg ko-o tarian kreatif n lin sbg ko-o tarian asli. Cr punya cari, paksa punya paksa, dptlh 12 org. tu pun letih memujuk, memaksa la. tp last2 br blaja basic je, dah 2 org tarik diri. hurm apa la kes ni.

hidup perlu diteruskan!

kitorg start training mse cuti sem mane aku x ingt, mase cuti final sem 1 kot. kitorg blik awal dlm hujung bln 12.almaklumlah, sumenye freshie. so mmg kena blaja basic.

so, dlmnproses blaja tu, mcm2 la gelaran yg ada, haha, Cumi melenggang mcm nk g curi ayam la, mcm nk g berperang dn sebagainya la.

kalo aku jd deeno pon, tensyen gak la. nk aja satu2, tp, berkat kesabaran, akhirnya bleh la berinang n berzapin....Tahniah kawan2 ku....
sampai la masa 16 mac 2010, nk kena bertanding. mmg cuak sbb prestasi mase preview kolej amatlah hampeh. maklumlah, sume 1st time, cuak gila la kan. so mase staging rehearsal, sume kena amik mood la.
dan satu kejutan apabila...........
Gema Nusantara diumum sebagai pemenang tempat KETIGA!!!!
haha, x sangka seyh,
ceh excited plak, bukan apa, no. 1 mmg org da sedia maklum kk12 mng coz sume peserta bdk jab tari, no.2 dimenangi oleh kk3, erm kk3 ni ramai gak yg pro dancers, ada dancers KESUMA(kupulan tarian UM), dan ramai gak yg berpengalaman la.... so kitorg di tempat ketiga! cam x caya je, coz kitorg sume x penah msuk feseni, dan ramai yg start dr zero. so dats why mmg rasa berbaloi sgt cuti disingkatkan, dimaki dan sebagainya. huhu, kira oklah kan, no3. syukur dr xde placing lgsg.
so, itu cite tarian tradisional asli. pasni aku cite ttg tarian kreatif plak ye. b4 dat, layan la pic2 kitorg ni..... da da di da da.... so, congrates to GN dancers!!!
*lin*aima*cumi*mas*kira*azmi*shah*sham*pete*aku*
huhu juga kpd kereografer>>> Deeno Savoye!
TRIVIA:
> Johan: KK12
>Naib Johan: KK3
> Ketiga: KK5
>Keempat: KK9
>Kelima:KK2
Gema Nusantara:
Mempersembahkan tarian Inang Lama dan Zapin Malaysia dalam tarian melayu asli, Festival Seni Um 2010.

Friday, March 12, 2010

(Satzim's Hotspot...ep.4) Festival Seni Universiti Malaya 2010 Kembali Lagi!!!

Apakah muslihat disebalik publisiti ini? adakah aku salah sorg dr sekretariat Festival Seni UM 2010???

ohhh, tak, aku hanya biasa2 je... bukanlah org penting pun..... (najib, kalo ko bace entry, ko tau yg aku ni merendah diri tau).

Ape yg best dgn FESENI ni? uish, best giler. bg yg x cukup seni, bleh dtg utk mensenikan kan diri. bg yg dah berseni, dtg utk touch seni anda. bg yg terlebih seni, dtg la jgk utk seimbangkan seni anda tu.....

Tp, aku x berminat la nk cite secara keseluruhannya, sbb aku ni mmg bukan org penting FESENI '10 ni. Saya mengesyorkan (@mengsyorkan?) a.k.a menjemput anda sume dtg la pd mlm 16 & 17 mac. persembahan mlm tu sume best2! (ha aku da bg hint ok)

sesungguhnya, FESENI ni mempunyai level dan prestijnya yg tersendiri. Jd, rugi la sgt2 kalo anda x mao join dan menonton persembahan2 istimewa. x silap aku harga tiket RM3.

so, utk org luar, aku jgk bg info ttg kemudahan rumah penginapan dlm kawasan UM (RUMAH UNIVERSITI)

> Deluxe Room
promotion : RM108.00 nett (per night)
> Executive Room
promotion : RM120.00 nett (per night)
> Suite Room
promotion : RM150.00 nett (per night)

-extra bed RM25
-extra mattress RM10

Contacts:
Rumah Universiti KKUM Berhad
tel: 037956028
So, sesape yg rase nk tgk tp x de tmpat nk tido, jd blehlah duk kt umah u tu....Datang jgn x datang ye!

Wednesday, March 10, 2010

(kurasakan sekarang...ep.11) Kejohanan Trek & Padang SEMESTA 2010.

Yeay, skali lg berita kita tertumpu pd acara tahunan SEMESTA Raub, Pahang. Tahun ni, Kejohanan Trek & Padang kita telah berlangsung dgn meriahnya. (walopun aku x hadir kan, tp org ckp la, meriah, so aku consider meriah la).

Erm, dr segi hiasan rumah dan kawad, nampak menarik. tp x tau la realitinya, sbb kita x tgk sndiri kan. tp walau apapun mmg tahniah la kpd guru2, dan seluruh warga SEMESTA yg menjayakan kejohanan ni.

Tp, apa yg aku nk highlightkan kt sini >>>

Musytari menang buat kali ke-5 berturut2!!!!

Tahniah kpd kapten serta warga rumah Musytari!!!

Bgus la tu, so harap taun depan musy mng lg ye..... amin.

so ada sket2 gambar sempena Kejohanan Trek & Padang SEMESTA 2010.
(kredit to Pn Norol Hida Hassan, thanks atas foto)
Trivia:
> Johan : MUSYTARI
> Hiasan Rumah: MARIKH
> Kawad Lelaki : MARIKH
>Kawad Perempuan: MARIKH

Random Posts