Sunday, December 27, 2009

(kurasakan sekarang...ep.9) Tahniah buat Warga SEMESTA, UNIMAX!


salam penuh syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, atas segala limpah kurnia-Nya, memberikan nafas serta suntikan tenaga, atas kegemilangan SEMESTA di arena akademik. Sebagai salah seorg alumni SEMESTA, pasti terdetik rasa bangga atas kejayaan adik2 di SEMESTA. keputusan PMR baru2 ni amat menggembirakan warga SEMESTA, x dilupakan mantan2 tenaga pengajar, pelajar dan seluruh insan yg pernah bergelar warga SEMESTA.

kita digemparkan dgn rekod baru, yg pastinya membuka mata banyak pihak. daripada kurang dikenali, alhamdulillah, SEMESTA semakin dikenali. Buat warga SEMESTA, tanggungjawab anda semakin hari semakin berat, tp x mustahil utk dipertingkat.

Salam syukur & tahniah buat warga Unimax, guru-guru, ibubapa atas kejayaan membanggakan.


TRIVIA:

> Gred Purata Sekolah : 1.02

> Peratus Lulus : 100%

> Bilangan Calon Mendapat 8A : 108/125

> Subjek 100% A : Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup.

> Ranking SBP : Tempat ke-5

>Ranking dalam Pahang: Pertama 4- kali berturut-turut.


(Satzim's Hotspot...ep.3) Bintang SEMESTA kian menyinar!!!


~Petikan artikel berkaitan keputusan PMR 2009, SEMESTA~

1) SMS Tengku Abdullah terbaik empat tahun. (Utusan Malaysia> 25/12/2009)

RAUB 24 Dis. - Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Abdullah di sini mengekalkan rekod sebagai sekolah terbaik di Pahang bagi kali keempat berturut-turut apabila 108 daripada 125 calonnya memperoleh semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.
Pengetuanya, Kamaruddin Kasim berkata, pencapaian terbaik sejak 2006 itu membuktikan perancangan yang baik disusuli aktiviti strategik mampu membawa kejayaan cemerlang.
Lebih membanggakan katanya, keputusan 100 peratus itu mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) lebih baik iaitu sebanyak 1.02 pada tahun ini berbanding 1.05 tahun lalu.

2) Analisis Keputusan PMR 2009 Negeri Pahang.

Sebanyak 16 buah sekolah telah mencatat keputusan 100% iaitu SM Sains Tengku Abdullah (Raub), SMK Abdul Rahman Talib (Kuantan), SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (Kuantan), SM Sains Sultan Ahmad Shah (Pekan), SMK Sultan Abu Bakar (Kuantan), SBPI (Kuantan), SMK Sultanah Hajjah Kalsom (Kuantan), SMK Datuk Bahaman (Temerloh), SMK Seri Bentong (Bentong), SMK Seri Tualang (Temerloh), SMK Ahmad (Pekan), SMK Muadzam Shah (Rompin), SMK Padang Saujana (Jerantut), SMK Seri Raub (Raub), SMK Clifford (Kuala Lipis) dan SMK Seri Pekan (Pekan).

3) Sekitar keputusan PMR 2009 (Mstar)

Sebanyak 25 buah sekolah termasuk sekolah menengah harian, berasrama penuh, agama dan kategori sekolah di luar Kementerian Pelajaran dikategorikan sebagai sekolah terbaik PMR tahun 2009.
Ini termasuklah lima buah sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu; Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban; Kolej Tunku Kurshiah, Seremban; Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub dan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya (SSP).
Kelima-lima sekolah ini telah merangkul kategori sekolah terbaik berasrama penuh 2009.

4) (Result PMR 2009) Sekolah Cemerlang & Terbaik di Malaysia(Berita Pendidikan)

Tahun ini dikatakan markah untuk calon PMR mendapat A dalam matapelajaran Sains sangat rendah, sekitar 58%. Ada sesiapa yang boleh memberikan kepastian? Okey……..seperti biasa keputusan peperiksaan PMR 2009 mencatatkan peningkatan yang mana seramai 28,188 pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini berbanding 26,378 pada tahun lepas. Mari kita semak sekolah-sekolah terbaik & cemerlang di Malaysia bagi result PMR 2009 lalu.

Pelajar Istimewa Cemerlang dalam PMR 2009
Siti Raihan Abdul Nasir(9A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah – masalah rabun
Debbie Lim Huey Chin(8A) dari SMK Sultan Ismail – masalah rabun
Muhammad Azfar Firdaus Azlah(8A) dari SMK Dato Penggawa Barat di Johor Bahru – masalah rabun

Sekolah Harian Terbaik(PMR 2009) :

SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Selangor
SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu
SMK Sultan Badlishah, Kulim
SMK Sultanah Asmah, Alor Setar
SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Agama Terbaik(PMR 2009) :

SM Imtiaz, Besut
SM Imtiaz, Kuala Berang
Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu


Sekolah Berasrama Penuh Terbaik(PMR 2009)

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu
Sekolah Dato Abdul Razak
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
SM Sains Tengku Abdullah, Raub.

Tuesday, December 15, 2009

(Tirai Privasi...ep.4)Kahwin... (kawen pon ada laporan ke?)...


haaa....
zaman dah berubah, dunia dah maju... so org kawen pon dah kena ada laporan jugak tao...
nway, nilah galeria majlis kawen kt umah aku... pd 22 nov lalu. thanx dan tahniah pd kengkawan aku yg dtg... yg x dtg... huh, syuh2...(gitu lah korg...)

haha, alhamdulillah sumenya berjalan dgn lancar... cuma dengar cita ramai yg kena beratur panjang utk amik makanan n tggu tmpat duduk... hurm, well, nk buat camne, tau2 la, umah artis kan... hukhuk...(sape la artis tu?)... papepun, tgk la pelamin, hantaran, n sumenya dr butik Satzim's Collections. cantik menarik dan da boom!

~kamar beradu raja sehari~

~kreatif~

~akad nikah~

~rekaan Satzim's Creatures~

~tetamu berbaris panjang...(ni br depan rumah, blakang umah x sempat amik. artis bz la)~~goodie bag, yg pasti, bilik aku gak jd stor penyimpanan~
rujukan berkaitan:

makanan: Satzim's Catering > masakan kampung cara kenduri(paham?).
busana: Satzim's Collections> persalinan oren dan hitamputih.
gubahan hantaran: Satzim's Creatures > hantaran yg mewah..(haha)
pelamin : Satzim's Creatures > tema simple tp da bom!
fotografi: Satzim's Studios > pro photoghrapher
goodie bag : Satzim's Gift Ide > goodie bag comel..

kalo nk tempah, bleh la usha2 ye... haha
thanx to sume warga kg berchang, selindang, sedara mara dr dekat dan jauh, serta meraka yg terlibat dgn majlis ini....

(kurasakan sekarang...ep.8) Homesick...

wawawa...stelah sbulan lebey bercuti, akhirnya aku tiba jgk kt smsta ni....eh, silap plak... kt kolej kediaman kelima uni malaya ni,...
haha, tetiba teringat zaman dulu2...yelah, dulu kan first time duk hostel, sure la homesick... bukan aku je... aku rasa 97% student yg dok hostel mesti homesick...

bukan ape la kan, homesick banyak puncanya... mcm aku, x sanggup tinggalkan parents duk umah. aku ni kalo kt umah, sume benda aku nk buat sendiri...(padahal...).... betol! pg lepas subuh, trus bersenam n jogging keliling kampung... (kampung je,) dah abis tu, gi kebun sayur.... bercucuk tanam...

banyak jugak la hasilnya... sayur mayur... bayam, sawi.... dan sebagainya. dah siap touch up kebun, mandi la... rileks2... n nonton televisyen. pastu tunggu solat zohor.. dah solat zohor, tolong mak aku apa2 la... then lps asar gi men bola.... hurm....... tapi.......................:

disebabkan aku masuk smsta, telah menjadikan fakta diatas hanyalah sekadar fantasia bulan beradu je.... daa~~


haha, berkaitan ke? nway, bila tgh cuti, nk sgt rasa blik kolej, tp skang dah kt kolej, rase nk balik smula ke umahku syurgaku... isk2... sedey ni... takpelah... wahai bonda, hujung minggu ni anakanda cuba pulang ye.... kesian pokok2 sayur bayan n sawi yg rindukan saya itu.... tq

Sunday, December 6, 2009

(satzim's cuisine...ep3) Kuih Cucur... selera tradisi.

yeay! resipi ke-3 dlm blog ni.... actlly bz gila menambah lemak badan cuti2 ni... haha, then ini je la yg smpat aku kongsi ngan korg...

sbnrnya, td baru balik dr pekan sehari... then mak aku ada beli kuih cucur ni... mmg susah nk cr kuih ni. sbbnya mungkin susah nk buat.... apa2pun, jom kita check resipi dulu ok:

Bahannya :

1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk tepung beras
1 mangkuk gula
1 1/2 air
Sedikit gula merah
Caranya :

Campurkan kesemua bahan hingga sebati. Kemudian diperap semalaman di dalam peti sejuk dan boleh digoreng keesokkan harinya....
Apabila permukaan atas sudah mengeluarkan lavanya... barulah dibalikkan... kemudian boleh diangkat.
tara!!! hasilnya... sedap dowh~
disclaimer:
resipi ni telah diadun, diceduk, digoreng dr blog masakan Umizie! Terima Kasih!

Random Posts