Monday, September 28, 2009

(satzim's cuisine...ep.2)Satzim's Spaghetti Bolognise..(SSB)

resepi seterusnya...
SSB>>>> Satzim's Spaghetti Bolognise.
anda harus cuba resepi istimewa ini...
bahan2 yg diperlukan:
1. 2 biji lada benggala


2. 5 biji bawang putih(dicincang)
3. daging cincang(bungkus kecil)
4. hotdog(dipotong nipis)

5. pes tomato
6. sos spaghetti Prego
7. jejari spaghetti

8. cendawan butang
9. garam secukup rasa.

method:

1. sediakan bahan2 yg diperlukan.
2. tumis bawang putih, masukkan daging cincang dan biarkan sehingga sedikit masak.
3. masukkan pes tomato (ikut suka, kalo suka masam, masuklebih skit), serta sos Prego.
4. masukkan juga lada benggala serta hirisan hotdog, masukkan garam dan biarkan sehingga betul2 masak.
5.rebus jejari spaghetti dalam air yg panas, dicampur bersama sedikit garam.
6.toskan dan gaul bersama sedikit butter agar tidak melekat.
>>>>>> dan hasilnya.... tara....
saiz hidangan: 5-6 orang

(kuis2 memori lalu...ep.12)..The Art:Ooze of Water... Karya Seni Terulung!

warga SEMESTA pasti ingat, anda pernah disajikan dgn 2 musim Festival Sanggar Tari peringkat sekolah. musim kedua menyajikan 2 kategori utama iaitu
1.tarian kreatif
2.lagu2 rakyat



bagi penulis, salah satu karya seni yg dipersembahkan pd festival itu ; "The Art:Ooze of Water by Art Group of Gesture(AGOG)" adalah karya yg sgt menarik utk diperhalusi.

bertemakan 'aliran air', tarian kreatif ini berkisar jerih perih dan cabaran yg dilalui aliran air, bermula dr gunung, terus jatuh dan jatuh, tanpa sedar sanubari direntuh!

ribuan terima kasih bg mereka yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dlm produksi ini terutama da dancers, haikal, amin, pening, zarief, syafiq, n apok.

(lakaran kehidupan...ep.6) ragam ramadhan& aidilfitfri.

KES-1
Hari sabtu seblum raya(ahad), aku di suruh mak aku tuk bukak kedai. Bukan aper, mase ni lah ramai org blik kampung singgah beli brg2. Dptlh income skit.. hehe aku pun bukak la kedai. Tp tgh hari tu, ada la 2 org mamat n sorg minah ni, benti n bli air kotak, n juga mknan ringan(jajan). Tgh aku kira2 bpe harga suma skali, sorg mamat ni lepak n duduk kt bangku dpn kedai aku smbil mkn2 jajan. Huh! Kalo x pose pon, jgn la mkn terang-terangan tunjuk kt org. Adoi!
KES-2

berlaku mase tgh melawat tanah perkuburan kg aku. Mase tuh nk bce tahlil utk arwah ayah aku n lain2 la, tiba2..... wah, grand! 2-3 org minah persis Dato’ Siti Nurhaliza lalu dpn kitorg (famili aku) tudung je yg persis dato’ CT... siap berkebaya ketat, n bertumit tinggi!! Cik akak, x masuk dlm tanah ke tumit tajam n tirus kasut tu? huhu ... Dato’ ct g kubur pon pkai tudung litup... tp, mgkin gak dorg lps smayang raya trus g kubur kot(x baek kn bersangka bruk).... hurm, tp gi smayang raya pon x pkai tudung ke?g Msjid kn kna tutup aurat? Mgkin dorg uzur, tgu abis smayang raya kt dlm keta, then trus gi kubur...(hurm aku bersangka baik ni).... tp, bila n blik, zupp! Dorg trus tggl tudung n selendang td....erk, dorg peraga tudung CT tu hanya kt kubur je ke????tulun jawab!

(tirai privasi...ep.)...Bergaya Sederhana Di Pagi Syawal...

seperti yang dipukul canang, baju raya tahun ini diinspirasikan drpd bunga ni,


theme color code: magenta


Bergaya di aidilfitri walau dgn bajet terhad. Tiru mcm saya!
Penuh glamour di pg raya!!! Haha

cam dlm majalah kan....

Sunday, September 27, 2009

(satzim's cuisine...ep.1)...ais kisar berperisa mangga sejati....(haha)

kali ini, ada resepi yg ingin dikongsikan bersama anda. msti korg berasa bangga kerna knal org yg versatile cam aku kan... haha. kenapa nama resepi ni 'mangga sejati'>>> sebab, kita akan guna buah mangga yang betol2 fresh yer, x men serbuk2 n kordial ni...
bahan yg diperlukan:

1. buah mangga
2. ais
3. gula
4. susu cair
5. sedikit air

so, sukatannya,
1 gelas ais + 1/4 gelas air.
yg lain, secukup rasa.

cara2nya: sumbat sje sume bahan2 ke dalam blender, dan tekan punat suis blender beberapa kali... dan hasilnya>>>>> tara.... letak sedikit susu cair. mengancam bukan??!
apalagi, cepat cuba yer!

Thursday, September 10, 2009

(Glamorama...ep.2) Tahajjud Cinta_ Dato' Siti Nurhaliza.

album cover.... Tahajjud Cinta.

oh yeah! semalam, 9/9/09 dgn rasminya album kerohanian Dato' Siti dipasarkan. mmg excited la! so, mgkin jgk ramai yg dah tau, kandungan lagu dalam album ni antaranya:

1.Tahajjud Cinta(Erma Fatimah/Hafiz Hamidun)
2.Asma Ul-Husna
3.Ketika Cinta(Opick)
4.Ya Rasulullah(Abu Bakar Md Yatim/Raihan)
5.Selawat
6.Pintu Rindu(Hairul Anuar Harun
7.Batasku Asaku(Siti Nurhaliza/Attan Hardilas)
8.Ku Percaya Ada Cinta(Audi Mok)

poster album!
sumanya menarik tp yg paling menusuk kalbu adalah alunan asma ul husna yg sgt superb! aku x tau nk ckp ape dah?! vokal CT mase nyanyi lagu biasa sgt lain ngan lagu2 dlm album ni. jd, apa lagi, cpt dapatkan yg original...! jgn download2 free, jgn copy2 ok. sokong ct!

Wednesday, September 9, 2009

(lakaran kehidupan...ep.5) makan sopan beradab,


erm, first of all post ni bukan nk ditujukan kpd sesapa la. tp bg anda yg terasa, anggaplah> "bukankah nasihat menasihati satu sama lain adalah amalan mulia?". knpa tajuk post ni 'makan sopan beradab'?... huhu

oklah, sebenarnya makan pon salah satu ibadah, cewah. tapi....
interpretasinya berubah bila kita makan sambil org lain rasa x selesa. motif? haha, str8 to da point>>>

ada setengah org bila makan, bunyinya masyaallah, berdecit-decit, penuh sound effect! nih yg buat og sekeliling rasa x selesa, kalo ko mkn sesam geng ko yg makan berbunyi bising tu x pe la gak. haha,

bukan apa, mcm aku, dlm famili aku mak aku mrh kalo sambil makan, makan mcm org kebulur n bunyinya 'pecap-pecap', x senonoh la! mak aku mrh sgt kalo mase tgh ramai2 makan, tp ada bunyi cenggitu, hilang selera tau. sgt memalukan!

"tapi kenapa????" tanya aku kepada ibuku.

> haiwan ape yg makannnya gelojoh n berbunyi lahap mase tgh makan?
-semestinya cik Bie yg berhidung mancung!

jd, sape yg makan bising tuh umpamanya macam........... > aku x ckp ok, otak korg yg interpret sndiri...

huhu:)gambar hiasan
p/s> makanlah dgn adat sopan, perhiasi diri adat ketimuran,

Tuesday, September 8, 2009

(lakaran kehidupan...ep.4)Kempen Jom Sahur!




kali ini, mahu membicarakan ttg sahur. so, ikut pengalaman, akuni mmg kena bgun gak sahur. bukan pe, kalo x sahur ni tendency utk berbuka tu meningkat dr hr2 biasa. huhu, tp kalo bulan puasa(ramadhan) ni, mmg la nak tak nak kena tahan jugak, tp kalo pose sunat.... hurm. mmg liat la utk diteruskan...

oklah, sbnrnya bgn sahur ni bagus n amat digalakkan dalamislam;

oleh kerana dah terbiasa dgn hostel life d mase sku lagi, pcaya atau tak, kicap manis cakkipas udang sntiasa ada di dlm locker. haha. tp sebgai suke2, apa kaa kita flashback knangan2 sahur dulu dan skarang:

>kat umah: tak bimbang sgt sbb ada mak aku tolong kejutkan, masakn pon sure2 menambat hati, n paling aku suka sambal belimbing, n jugak nasi goreng belacan mak aku. very da grand!

>kat skul: kali ni dah bahagi tugas awal2 ngan junior n kawan2 rapat, ko bwk budu, ko bwk black pepper, ko bwk kicap, ko bwk sos, n mcm2 lg la. bwk gula, teh n kopi, rashid terutamanya, haha. then, bila bgun sahur, junior(zarief n air n syafiq n nadzrin(mase aku f5 la)) akan tlg kejutkan utk bgun sahur. sblum g dewan makan, akan disurvey dulu menu sahur, kalo ok, g kalo x ok, sahur makan biskut je kat bilik. yg penting sahur! paling x leh lupa, peristiwa nurdhiya; aizat n izzat kepadasan bersahur ngan lauk gulai asam tempoyak! aduss, x sesuai la...(yg ni jgn try)

>kat universiti: hidup sendiri2, mmg wajib bwk kicap manis sbgai topup kesedapan makanan. kena set alarm sendiri, kalo tak bangun jgk, ha, ko tanggunglah sendiri! huhu

konklusi: Jomlah bgn sahur!!!!

(wacana ilmu...ep.4) introduction to manufacturing workshop.

tukulku yg cantik! haha

sebgai memenuhi takwim silibus bg subjek Intro to Manufacturing, sume student diwajibkan utk menyiapkan tugasan bengkel.

mmg excited nk buat benda ni, tp mmg melecet la tgn nk mengikir keluli tu. mule2, aku mmg terasa ketinggalan sebab org len dah kikir surface ke-3 da, tp aku still ngan surface ptama. apalagi, trus la sprint buat cepat2, tetiba, at last, aku antara org yg terawal la yg siap. haha, puas ati tol!bersih, kemas n teratur alur keluli itu...
punya nilai estetika yg tersendiri!

jd, berbanyak terima kasih kpd abg2, encik2 pembantu bengkel kejuruteraan jabatan pembuatan yg bnyak mmbantu. tanpa mereka, x siaplah tukul keluli aku... hhi, bukan pe, mesin2 itu kelihatan amat ganaz! besar n tampak berbahaya! tp, aku berjaya harunginya!

Saturday, September 5, 2009

(wacana ilmu...ep.3) World Universities' Web Ranking-July'09.

The Ranking Web of World Universities is a directory of world universities ranked according their presence on the Web.
Objectives of the Webometrics Ranking of World's Universities

The original aim of the Ranking was to promote Web publication. Supporting Open Access initiatives, electronic access to scientific publications and to other academic material are our primary targets. However web indicators are very useful for ranking purposes too as they are not based on number of visits or page design but on the global performance and visibility of the universities.

As other rankings focused only on a few relevant aspects, specially research results, web indicators based ranking reflects better the whole picture, as many other activities of professors and researchers are showed by their web presence.

The Web covers not only only formal (e-journals, repositories) but also informal scholarly communication. Web publication is cheaper, maintaining the high standards of quality of peer review processes. It could also reach much larger potential audiences, offering access to scientific knowledge to researchers and institutions located in developing countries and also to third parties (economic, industrial, political or cultural stakeholders) in their own community.
baca selanjutnya:
KLIK DISINI

here, i show the rank of malaysia university:

WORLD TOP 6000 RANGKING:


TOP SOUTH EAST ASIA:


short review>malaysia's top universities:
1- Universiti Teknologi Malaysia SEA : 10 WORLD: 642
2- Universiti Sains Malaysia SEA : 12 WORLD : 675
3- Universiti Malaysia Perlis SEA : 14 WORLD : 45
4- Universiti Malaya SEA : 16 WORLD : 878
5- Universiti Kebangsaan Malaysia SEA : 18 WORLD : 963
6- Universiti Putra Malaysia SEA : 19 WORLD : 979
7- Universiti Utara Malaysia SEA : 31 WORLD : 1329
8- International Islamic University Malaysia SEA : 37 WORLD : 1599


* SEA- SOUTH EAST ASIA RANKING
WORLD- TOP 6000 WORLD RANKING.

Friday, September 4, 2009

(lakaran kehidupan...ep.3)'poyo'kah insan yang berbalas kad raya?

salam syawal!
sesungguhnya, syawal kian menjelma x lama lagi. so, tgh aku belek2 kad raya siang td, ada la 2 org minah ni kt depan aku. then yang sorg ni pon tanya la kwn dia tu, "ko jgn lupa anta kad raya kat aku tau...". tp si kawan dia ni balas,"eh, poyo jer berkad2 ni. ketinggalan la...".

er, panas membara telinga aku, sebagai org yang tgh membelek kad raya utk nak dibeli, boleh pulak dia ckp camtu. apa kes minah ni, sah2 la aku terasa.
-ok,lupakan kisah tu.

fenomena skang, banyak beza ngan dulu. mase skolah rendah dulu, kwn sekelas sekampung je tp meriah ngan kad raya yg diletakbwh meja. ada yg letak duit 1 sen, 5 sen n ada jugaknyg letak bunga api n mercun bola dlm sampul surat tu...

masuk skolah menengah, fenomenanya, "wei, nnti jgn lupe barter kad raya"...??? apa nak jd ni? kad raya kena barter dah..

nowadays, "wei, ko anta kad raya kat aku tau, ni alamatnye:... bla bla2"... so apa kes sume ni? sgt berbeda. kenapa rasa poyo nk kirim kad raya? bg aku bila kirim kad raya, si penerima boleh simpan kad tu, sbg sentimental value.tp kalo dah bg kad raya kat FACEBOOK, ko nak buat ape?

so, di bulan mulia, apa salahnya, kirimlah satu dua kad at least pd guru2 sekolah lama, sbg tanda kita ingat jasa mereka.

dan yg penting, jgn lupa send kad raya kat aku... (bukan FB ok).

Random Posts