(Satzim's Hotspot...ep.3) Bintang SEMESTA kian menyinar!!!

8:29 PM


~Petikan artikel berkaitan keputusan PMR 2009, SEMESTA~

1) SMS Tengku Abdullah terbaik empat tahun. (Utusan Malaysia> 25/12/2009)

RAUB 24 Dis. - Sekolah Menengah Sains (SMS) Tengku Abdullah di sini mengekalkan rekod sebagai sekolah terbaik di Pahang bagi kali keempat berturut-turut apabila 108 daripada 125 calonnya memperoleh semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.
Pengetuanya, Kamaruddin Kasim berkata, pencapaian terbaik sejak 2006 itu membuktikan perancangan yang baik disusuli aktiviti strategik mampu membawa kejayaan cemerlang.
Lebih membanggakan katanya, keputusan 100 peratus itu mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) lebih baik iaitu sebanyak 1.02 pada tahun ini berbanding 1.05 tahun lalu.

2) Analisis Keputusan PMR 2009 Negeri Pahang.

Sebanyak 16 buah sekolah telah mencatat keputusan 100% iaitu SM Sains Tengku Abdullah (Raub), SMK Abdul Rahman Talib (Kuantan), SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (Kuantan), SM Sains Sultan Ahmad Shah (Pekan), SMK Sultan Abu Bakar (Kuantan), SBPI (Kuantan), SMK Sultanah Hajjah Kalsom (Kuantan), SMK Datuk Bahaman (Temerloh), SMK Seri Bentong (Bentong), SMK Seri Tualang (Temerloh), SMK Ahmad (Pekan), SMK Muadzam Shah (Rompin), SMK Padang Saujana (Jerantut), SMK Seri Raub (Raub), SMK Clifford (Kuala Lipis) dan SMK Seri Pekan (Pekan).

3) Sekitar keputusan PMR 2009 (Mstar)

Sebanyak 25 buah sekolah termasuk sekolah menengah harian, berasrama penuh, agama dan kategori sekolah di luar Kementerian Pelajaran dikategorikan sebagai sekolah terbaik PMR tahun 2009.
Ini termasuklah lima buah sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu; Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban; Kolej Tunku Kurshiah, Seremban; Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub dan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya (SSP).
Kelima-lima sekolah ini telah merangkul kategori sekolah terbaik berasrama penuh 2009.

4) (Result PMR 2009) Sekolah Cemerlang & Terbaik di Malaysia(Berita Pendidikan)

Tahun ini dikatakan markah untuk calon PMR mendapat A dalam matapelajaran Sains sangat rendah, sekitar 58%. Ada sesiapa yang boleh memberikan kepastian? Okey……..seperti biasa keputusan peperiksaan PMR 2009 mencatatkan peningkatan yang mana seramai 28,188 pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini berbanding 26,378 pada tahun lepas. Mari kita semak sekolah-sekolah terbaik & cemerlang di Malaysia bagi result PMR 2009 lalu.

Pelajar Istimewa Cemerlang dalam PMR 2009
Siti Raihan Abdul Nasir(9A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah – masalah rabun
Debbie Lim Huey Chin(8A) dari SMK Sultan Ismail – masalah rabun
Muhammad Azfar Firdaus Azlah(8A) dari SMK Dato Penggawa Barat di Johor Bahru – masalah rabun

Sekolah Harian Terbaik(PMR 2009) :

SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Selangor
SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu
SMK Sultan Badlishah, Kulim
SMK Sultanah Asmah, Alor Setar
SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Agama Terbaik(PMR 2009) :

SM Imtiaz, Besut
SM Imtiaz, Kuala Berang
Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu


Sekolah Berasrama Penuh Terbaik(PMR 2009)

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu
Sekolah Dato Abdul Razak
Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
SM Sains Tengku Abdullah, Raub.

You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook