(kuis2 memori lalu... ep.8)... cerpen "tak tercapai akalmu".

12:53 PM

TAK TERCAPAI AKALMU.


Berat hatiku untuk meninggalkan bumi Australia yang memberi seribu erti dalam perjuangan kerjayaku. Bagiku, negara kanggaru ini sangat menarik tetapi rasa sayang akan tanahair aku, Malaysia masih mengatasi segalanya. Alhamdulillah, akhirnya Satzim’s Holdings Sdn. Bhd. Berjaya membuka satu lagi cawangan hotel di Australia. Tidak sabar rasanya untuk kembali ke Malaysia, berjumpa dengan Hj. Jaafar serta Hajah Zaliha yang juga ibubapaku serta keluargaku yang tercinta.

Ketika di dalam pesawat, aku berasa dahaga. Almaklumlah, masa perjalanan selama lebih 10 jam. Aku memesan jus oren. Beberapa minit kemudian, seorang pramugari datang ke arahku dengan membawa segelas jus oren. Orangnya manis, dan bernama Amira. Ketika pramugari itu mendekatiku, dia terkejut dan barulah aku tahu bahawa dia adalah Amira, teman sekelasku ketika di SEMESTA. Amira nampak akan ‘tagline’ Satzim di atas komputer riba aku. Aku tidak dapat berbual dengan lama. Amie memberitahuku bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan dengan Acap, yang kini seorang juruterbang pada hujung bulan ini. Insyaallah aku datang, itupun kalu kerja aku tidak bertimbun.

Aku terlelap ketika asyik mengimbau kenangan lama. Beberapa jam kemudian aku terjaga, sudah hampir tiba. Aku sempat memandang ke luar tingkap(mujur duduk di tepi tingkap), aku dapat lihat ladang ternakan yang luas. Aku terbaca papan tanda gergasi yang tertulis “Ladang Lembu Yuss”. Ohh... inilah ladang ternakan lembu yang paling luas di Asia, milik Yusra(KT 5.1). Si Yusra memang suka tidur dalam kelas terutama masa Sejarah. Terjeritlah Cikgu Robibah yang juga dikenali sebagai Cik Rob. Kurang satu jam kemudian, akhirnya pesawat ini selamat mendarat. Sekarang ini, turun dari pesawat, tidak menggunakan tangga macam dulu, sekarang ada ‘lift’ elektronik yang direka dua syarikat teknologi terkenal Farbukar & Dannahia Corporations Sdn. Bhd. Dari jauh aku lihat, Danial dan Faris sibuk memeriksa alatan mereka.

Apabila aku melangkah masuk di balai ketibaan KLIA, mata aku sakit dek pancaran ‘flash’ kamera yang bertalu-talu. Fuhh... terasa bagaikan bintang Hollywood pula. Mungkin para pemberita mahu menemuramah aku atas kecemerlangan perniagaanku di Australia. Tetapi apabila aku melepasi mereka, ppara pemberita itu kelihatan bersahaja. Hampir jatuh aku dibuatnya akibat dirempuh pemberita dan wartawan. Alamak, rupa-rupanya Ema dan Mai yang baru balik penggambaran drama ‘Manjalara 100’ di Sydney. Malunya, tapi aku bangga sebab kawan aku dah berjaya sebagai pelakon terkenal. Mai dengan watak Manja, si Ema sebagai Mama Nomi. Setelah lama aku amati, si wartawan yang ‘over’ berbaju merah jambu rupa-rupanya ‘mama juwieh’ @ Izzat, juga rakan sekelasku. Tak sangka, dulu-dulu semasa kelas pun kami tak boleh tinggal cerita Manjalara. Mai pulak berangan nak jadi penyanyi, nak tubuhkan kumpulan ‘Ba-Two’ dengan Ema, tapi tak kesampaian.

Ketika berada dalam ERL, aku dapat panggilan daripada Farah Najwa. Hish... sibuk betul budak Labuan ni! Dia menjemput aku untuk majlis perasmian Jambatan Elektomagnetik yang menghubungkan Labuan dengan K. Lumpur. Ala- ala konsep fizik. Tiba-tiba, seorang budak berpakaian seragam sekolah datang duduk di sebelahku. Ramainya budak. Aku terdengar mereka memanggil nama Cikgu Aina. Oh... Aina rupanya. Aina selalu bertelagah dengan Aiman dalam kelas. Aina memberitahuku, Mikhwan, Masyem dan Fadhil sudah jadi profesor. Sekarang setiap sekolah bukan setakat ada pembantu makmal, tapi siap dengan profesor lagi!

Sampai di K.L. Sentral, suasana sesak dan rasa rindu terhadap keluargaku kembali menjelma. Dalam perjalanan itu, aku ternampak promosi jualan motosikal jenama Malaysia “Salezuki”. Hasil usahasama Farahiyah dengan Ain mereka menubuhkan ‘Farahain’s Motobikes Sdn. Bhd,’. Aku berasa amat penat lalu terus menelefon pemandu aku untuk datang mengambilku. Beberapa minit kemudian, Pak Othman, pemandu keluarga aku tiba. Aku mengarahkan Pak Man supaya berhenti sebentar di hotelku. Sudah lama aku tidak ke sana. Tiba di hotel, semasa aku ingin naik ke pejabat aku, aku dapat lihat terdapat satu sesi fotografi sedang dijalankan. Aku terus menuju ke pejabat. Nani yang juga setiausahaku, memaklumkan bahawa esok ada pihak yang menempah hotel ini. Aku menyerahkan tugas itu kepada Fuziah yang bertindak sebagai Penolong Pengarah Satzim’s Holdings Sdn. Bhd. Tiba- tiba ibu menelefonku. Aku segera pulang ke rumah.

Setelah siap membersihkan diri, aku bersedia untuk solat maghrib. Penatku masih berbaki lagi. Selesai menunaikan solat maghrib, aku menonton televisyen sebentar sementara menunggu masa untuk turun makan malam. Aku sempat menonton Forum Perdana Ehwal Islam. Kesemua ahli panel itu aku kenal iaitu Dato’ Rahimy, Tan Sri Sazwan serta Ustazah Dalilah. Mereka pernah menyertai pertandingan Forum Remaja ketika di sekolah. Emak memanggil aku untuk turun makan malam bersama mereka. Kebetulan malam sabtu, jadi kami sekeluarga sempat menonton Akademi Fantasia musim ke-10. Erm... ingat lagi dulu tumpang tengok AF di rumah Jabar Sensei. Mak aku suka dengan suara Dhiya. Katanya, vokal Dhiya lain daripada yang lain. Sedap sangat ke suara si Dhiya tu? Aku tak berkesempatan lagi menonton AF 10 ini. Lepas aku tengok. Rupa- rupanya lelaki. Nama macam perempuan. Nurdhiya’ Aizat, pernah sekelas denganku. Tapi apabila dia mula menyanyi, televisyen aku berkelip-kelip. Tapi, apabila dia selesai menyanyi, tv aku kembali seperti biasa. Pelik!

Semasa tayangan iklan, aku terlihat seorang model yang mempunyai bibir tebal. Ala- ala Angelina Jolie. Macam kenal, ohh... rupa-rupanya Haszuani Antika @ Waniey. Sekarang, dia dah jadi model produk D’Lela Cosmetics milik Qit. Mereka berdua memang pandai buat muka masa dalam kelas. Aku membelek VCD terbaru. Emak aku suka menonton VCD masakan. Salah satu VCD masakan itu adalah Aiman sebagai tukang masak lalu aku memasangnya. Aiman sekarang sudah jadi tukang masak terkenal. Dalam VCD itu, Aiman bergandingan bersama Noli. Kembang- kempis hidung Noli menangkap aroma masakan Aiman. Teringat peristiwa ‘cooker’ bersama Teacher Jamilah dalam kelas bahasa Inggeris dulu. Setelah aku menutup VCD tersebut, aku terlihat iklan konsert artis hip hop Amerika Eminem bersama Azimen di Stadium Putra Bukit Jalil. Mahalnya harga tiket! Tak jadi pergi. Seronok bila tengok kejayaan yang dicapai bekas pelajar 5 al-Razi 2007.

Tiba-tiba, aku teringat akan komputer ribaku yang tertinggal di pejabat. Aku bergegas pergi ke hotel aku. Setibanya aku di hotel, aku terserempak dengan Dhiya yang diberi pelepasan Maestro untuk ‘reunion’ di hotel aku. Ohh... bekas pelajar 5al-Razi ke? Seronoknya dapat bertemu dengan mereka!

“Woi. Hafizuddin!. Bila ko nak bangun dan bagi salam ni?”. Alamak! Macamana tengah solat hajat pun aku boleh berangan ni? Nasib baik solat sunat. Bila aku bangun, aku lihat ramai junior yang memerhati ke arah aku! Ayaark!!!
5 al-razi 2007


Oleh:
Satzim’s Ide & 5 Razians ’07.


ok ke tak???

You Might Also Like

3 comments

About Me

Like us on Facebook