(Wacana Ilmu...ep.11) Negaraku... Malaysia. Mengapa Jiran Membenci dan Dengki??? (TO INDONESIAN)

1:34 PM



Salam semua...
Sayang amat teringin untuk tahu, adakah anda sayang dan bangga dengan kejayaan dan kemajuan negara anda? Tak kira sama ada negara anda Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand atau apa sahaja... saya pasti, sedikit sebanyak, kita mesti punyai perasaan sayang pada negara kita... walau buruk dan pincangnya pimpinan sekalipun, ini tanah tumpah darah... kita harus akui dan sayangkannya...

AMARAN!!!
Jika anda rakyat Indonesia, baca entri ini sehingga habis, dan cuba fikir kenapa saya bawa entri ini. Cuba anda letakkan diri anda ditempat rakyat Malaysia sebentar. Jangan emosi, dan ikut kata hati, jika tidak nanti mati. Jika anda sayangkan Indonesia, sama seperti kami, yang sayangkan Malaysia. Jangan kata kami maling budaya anda, sedangkan rakyat anda yang datang ke Malaysia sebelum merdeka dahulu, dan duduk di Malaysia, hingga Malaysia terbentuk... dan itulah budaya yang ada di Malaysia..Itu bukan MALING, tapi asimilasi.

1) INDONESIA (Jiran Terdekat)

Dua/tiga hari ni kecoh dan bangga team bola Malaysia mengalahkan Indonesia.. Ramai yang sedia maklum, Indonesia (rakyat indonesia sebenarnya) hanya menunggu masa andai ada sedikit isu, terus digembleng keringat untuk provokasi dan mengganyang Malaysia. Alangkah baiknya kalau keringat itu diguna untuk memajukan negara mereka, dan bukannya mengganyang Malaysia.

Saya kira, terlalu banyak kali, Rakyat Malaysia bersabar dan telan segala perangai Rakyat Indonesia. Sebelum tu, saya mahu menerangkan erti sebenar gelaran 'Budak Indon' yang amat pantang didengari oleh orang2 indonesia... kenapa ya??? Bahasa Melayu Malaysia, "Budak" sama maksud dengan "Anak, Anak muda," dalam Bahasa Indonesia. Manakala, "Indon" hanyalah sekadar short form bagi perkataan "Indonesia". Namun ada pihak yang memprovokasi kononnya, andai orang Malaysia panggil 'Budak Indon', bermaksud 'orang bawahan/suruhan indonesia'... Dalam hal ini, Rakyat Malaysia tak pernah terniat untuk menghina rakyat indonesia dengan panggilan yang hina.. cuma ada pihak yang mereka cerita.. tonton video ini untuk lebih faham.


Kepada rakyat Indonesia, secara peribadi, saya berbangga, bertuah dan bernasib baik menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia tidak hanya terdiri dari kaum Melayu sahaja. Saya rasa, jika Malaysia semuanya berbangsa Melayu, pasti tiada beza Malaysia dengan Indonesia sekarang. Saya juga berbangsa Melayu, tapi saya terpaksa akui, itulah kelebihan Rakyat Malaysia yang menjadikan Malaysia (yang dianggap adik Indonesia) lebih maju.. kerana pemikiran dan toleransi Melayu di Malaysia, bersama bangsa-bangsa lain cina, india di Malaysia. Wahai Rakyat Indonesia, kita sebangsa, serumpun. apa yang anda dapat dengan mengecam dan menghina negara jiran anda sendiri. jika anda berasa tercabar dengan kemajuan Malaysia, apakah denga cara mengganyang ini mampu memajukan negara anda??? Indonesia sebuah negara yang luas dan bertuah. kaya dengan pelbagai hasil bumi/hutan yang dikurniakan tuhan. tetapi mengapa masih tak berganjak? kerana anda terlalu beremosi. Ya, emosi itu perlu, tetapi, anda terlalu mengikut perasaan, hingga kadangkala kami rakyat Malaysia terasa hati dengan layanan anda. Bagaimana anda sayangkan negara anda, begitu juga kami sayangkan negara kami. Kalau hari ini anda bakar Jalur Gemilang Malaysia, adakah kami perlu bakar Bendera anda? Tidak, kerana itu tidak membawa apa-apa kebaikan. Kami hanya masih mampu bersabar. Tapi, janganlah asyik menguji rakyat malaysia... kerana kesabaran itu lama-lama pasti hilang.

Kalau ketika dulu, Indonesia dilanda bencana, berbondong-bondong bantuan dari Malaysia kerana kami anggap anda saudara sebangsa, serumpun kami. Namun sekarang, pelbagai pihak yang menganjurkan bantuan untuk indonesia, saya sendiri pun sudah tawar hati untuk membantu. Bukan sombong dan ingin membalas dendam, TIDAK!, cuma saya fikir, hari ini Indonesia dilanda musibah dan bencana, Malaysia datang menolong mereka, tetapi anda suatu hari nanti Malaysia ditimpa bencana, adakah Indonesia akan sama-sama bantu Malaysia atau hanya bersorak 'Padan Muka'... Rakyat Malaysia, jangan kita bangga dengan keamanan Malaysia hari ini tanpa sebarang bencana... kerana kita tak tahu esok lusa. Berhadapan dengan Indonesia, kita perlu lebih matang, dan profesional dan perlu toleransi. Namun, rakyat Indonesia, ingatlah, rugi anda negara yang luas dan bertuah seperti tanah Indonesia dibazirkan dengan pemikiran yang asyik mahu menang dan sentiasa betul.

meski kami sentiasa beralah, bukan bermakna Malaysia itu lembik... tetapi, biarlah lembik Malaysia, lembik yang fleksibel, dan janganlah terlalu berkeras,kerana yang keras itu kadangkala rapuh, lagi senang untuk jatuh dan runtuh.

Kepada Indonesia, Kami Rakyat Malaysia berbangga kita berkongsi bahasa yang hapir sama, budaya yang sama... janganlah kerana segelintir perlakuan anda yang menghina Malaysia, membuatkan apabila saya berselisih dengan Rakyat Indonesia di kampus saya, atau yang berniaga/bekerja di Malaysia, saya hanya memandang hina dan terasa ingin meludah kepada mereka. Hormatilah Malaysia, supaya kami rakyat Malaysia ada sebab untuk menghormati rakyat anda yang mencari rezeki di Malaysia. Ya, memang ada penghinaan malaysia terhadap indonesia spt kes Nirmala Bonat dan sebagainya... tetapi isu rakayat Indonesia mencuri, membunuh rakyat malaysia lagi banyak sehingga tak termampu media indonesia siarkan...

Pelik,
kenapa India tidak marah dan katakan Malaysia sebagai pencuri budaya mereka...
kenapa China tidak marah dan katakan Malaysia sebagai pencuri budaya mereka...
kenapa Portugal tidak marah dan katakan Malaysia sebagai pencuri budaya mereka...
kenapa Arab tidak marah dan kataka Malaysia sebagai pencuri budaya mereka...

jawapannya kerana mereka bangsa yang CELIK sejarah. mereka tahu, bahawa Malaysia ketika dahulu (Tanah Melayu) menjadi pusat pertukaran dagangan/budaya. kerana itulah, Bharanatyam ada di Malaysia meski asalnya dari India. Kerana itulah juga budaya cina ada dimalaysia. Tarian Portugis ada di Malaysia. Zapin, ghazal, gambus dari Arab ada di Malaysia... jika budaya yang sebegitu jauh boleh bertapak di Malaysia, adakah pelik andai budaya bangsa berjiran dikatakan dicuri??? Kalau begitu, anda harus salahkan Parameswara kerana dialah yang datang ke Tanah Melayu dahulu... Sedarlah Rakayat Indonesia, kenapa ada pertelingkahan ini.. kerana bangsa kita adalah melayu. Apa beza Melayu Malaysia dengan Melayu Indonesia yang menjadikan dua buah negara ini berbeza... lihat cara pemikiran dan pembawaan emosi mereka.. Janganlah terlalu ghairah untuk berperang... meski anda punyai barisan tentera yang mantap dan tegap, tetapi andai tuhan katakan anda tidak berhak untuk menang, tiadalah anda menang juga akhirnya.  sedarlah! Jangan terlalu senang untuk terikut dengan cerita-cerita yang belum tentu pasti, dan hanya bermotifkan provokasi.

Alangkah baik jika Indonesia baik dan mesra terhadap Malaysia, supaya kami juga senang untuk membantu Indonesia. tapi, jika begini wajah-wajah indonesia terhadap Malaysia,.. kami cadangkan kepada indonesia, lantiklah muka-muka yang ada di bawah ini untuk terajui dan memimpin indonesia... lihat apa yang akan berlaku kelak! wajah mereka di bawah sangat bersemangat dan berjiwa kental, tapi jika rakyat malaysia yang berbuat begini, apakah sama reaksi Indonesia seperti Malaysia tunjukkan... Fikir2kan... itulah yang membezakan Indonesia dan Malaysia... kalau anda pahit untuk telan kanyataan ini dan tidak mahu terima, itu hak anda... dan apa yang berlaku kepada anak bangsa anda akan datang, takkan berubah andai statik x mahu berubah.  Salam Keamanan dr Malaysia!!! Saya ada kawan sekuliah dari indonesia, kami amat baik. hanya kerana oarang seperti yang mampu lupakan saya perbuatan Indonesia terhadap Malaysia. =)

Bangga melihat muka bangsa sendiri gagah begini:




















 

Inikah kebanggaan anda???

You Might Also Like

2 comments

About Me

Like us on Facebook