(Satzim's Hotspot...ep.6) Kes Aimulrasyid Amzah. Iktibar dan Pengajarannya.

5:03 PM

Salam sejahtera, serta salam 1Malaysia.


Hari ni entri serius sket... so jgn termuntah dgn ayat2 yg akan digunapakai dlm baris seterusnya... hehe~

Mungkin da lama berlalu kes seorang anggota polis menembak seorg remaja berumur 15 thn, Aminulrasyid Amzah. So, ada sedikit kemusykilan la kan... di tambah pulak bila anggota polis tu disaman serta akan didakwa...

Sebelum tu, aku nk tanya dulu la, anda sume, korg sokong pihak yg mana? Pihak keluarga remaja tu, atau pihak polis?

Wokey... jom kita bongkar  kisah ini....

Baca sedutan Laporan Polis rakan AminulRasyid.
--------------------------
Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi. Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami. AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam. Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah. Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai. Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah. Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala. Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang… Sila klik  untuk membaca untuk paparan report yang lebih jelas
----------------------


Difahamkan kejadian tu berlaku semasa Aminulrasyid ni bwk keta kakak dia. Bila kita kata bwk keta, dengan umur baru 15 tahun, bermakna dia tak mempunyai lesen. Dan mungkin Aminul Rasyid ni gelabah, lalu cuba elak dr ditahan polis. Yelah kan, da xde lesen keta, sah2 la takut ngan polis. Jadi dia cuba larikan diri...

Bagi pihak polis pula, untuk mengenalpasti penjenayah, bukannya ade label “Oh, sayalah penjenayah yang kamu cari” pada badan suspek ketika kejar mengejar. Jadi, kita tak boleh salahkan pihak polis semata2 sebab mereka hanya menjalankan tugas.

Saya bersimpati dengan nasib keluarga remaja ini. Saya cuba meletakkan diri saya sebagai ahli keluarga mangsa yg terbunuh, juga sebagai ahli keluarga polis yang juga akan didakwa.
Bg keluarga mangsa, memang susah utk terima keadaan ahli keluarga yg disayangi, pergi menghadap Ilahi, tp bg keluarga polis yg didakwa itu pula, sudahlah terbeban dgn tanggungjawab, kesudahannya, sendiri yg masuk lokap.

Jika kita bandingtara keadaan itu, ( kita tolak sebentar andaian2 lain, spt parang yg dijumpai di dalam kereta mangsa, dan sebagainya) siapa sebenarnya yg lebih teraniaya? Siapa yang terpaksa menerima hukuman atas kecuaian siapa?

Satu fakta yang perlu diperhalusi. Adik Amin kita dibenarkan utk memandu kereta walau tidak mempunyai lesen. Jangan peduli dengan mereka yg memerli bahawa “hukuman memandu tanpa lesen sudah bertukar dgn hukuman mati”, kerana mereka kabur dengan undang2 negara sendiri. Kita seharusnya peka, bilamana kita memandu kenderaan tanpa mempunyai lesen, bermakna kita sedia menerima apa jua risiko yang bakal berlaku ketika memandu.. jadi mengapa harus kita tuding jari kpd pihak berkuasa? Tidak kisahlah sama ada polis peronda, JPJ dan sebarang pihak sekalipun...

Bila anda sedia utk berkahwin, anda harus sedia dgn segala apa yg akan berlaku kelak. Dalam kes ini, saya bagi satu keadaan. cuba anda bayangkan, jika kereta yg dipandu oleh Adik Amin, terlanggar seseorang, lalu menyebabkan kematian. Polis terus mengejar kereta Adik Amin dgn cara membawa kereta dgn cermat, takut langgar lubang atas jalan, serta mematuhi had laju yg dibenarkan... dan yang paling penting ‘hanya sharp shooter’ dibenarkan utk menembak. Tapi awas! Jgn tembak sembarangan........ akhirnya suspek yg dikejar terlepas. Bagaimana polis nk menjawab keadaan ini? Apakah mereka akan didakwa oleh keluarga mangsa yg dilanggar mati atas sebab kecuaian polis yg menyebabkan kematian? (kerana polis yg menyebabkan suspek membawa kereta dgn laju lalu terlanggar mangsa). Apakah pula ratapan keluarga mangsa itu?

Jadi siapa yg bermasalah di sini? Saya hanya berpendapat, tetapi bukan menuding kpd sesiapa. Bagi saya, insan yang membenarkan Adik Amin memandu kereta itu yg lebih wajar kita beri perhatian. Saya kira, sudahlah dia membenarkan remaja bawah umur memandu kereta, jd bermakna dia bersedia utk terima sebarang risiko yg bakal berlaku. Tidak kiralah jika Adik Amin membawa kereta tanpa kebenaran serta tanpa pengetahuan keluarga, kerana itu tetap dianggap kecuaian dipihak mereka. Dan pastinya, kecuaian itu tidak seharusnya dipersalahkan pd pihak lain.... apatah lagi ia berpunca dr kesilapan kita sendiri.

baca lagi...

Seharusnya, kejadian ini perlu dijadikan iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia amnya, serta remaja2, ibubapa khasnya, betapa undang2 yg dikuatkuasakan bukan sekadar utk polis cari dan saman pelaku salah jalanraya, ttp bersebab, utk mengelak kemalangan jiwa yg sudah pasti bakal merobek lebih ramai runtunan jiwa.

Saya bukanlah membela pihak polis dan mencanang mereka pihak yg murni serta tiada cacat cela, tetapi saya yakin masih ada polis dan penguatkuasa yg betul2 ikhlas melunaskan tanggungjawab mereka. Tolak tepi buat seketika polis2 yg ‘telan’ segala benda, tp kita perlu akur, suatu hari nnt kita perlukan barisan penguatkuasa ini, demi keharmonian sejagat Malaysia. Cuma jgn sampai, pihak polis ‘takut’ utk bertindak ke atas penjenayah. Bukan takut utk berhadapan dgn penjenayah, tetapi takut disaman dan didakwa sebagai penjenayah. Kerana penjenayah tidak pernah memegang sepanduk, “Sayalah Penjenayah Yang Anda Cari”.

    Notakaki:
·         >>Salam Takziah kpd keluarga Aminulrasyid Amzah. Moga allayarham ditempatkan dalam kalangan hamba yg beriman. Al-Fatihah.

Peringatan:
Suka saya peringatkan, entri ini bukan untuk mencari salah sesiapa, tetapi hanya utk kita membuka mata dan minda, serta sebagai pengajaran kepada kita semua. Jutaan maaf andai tersalah bicara.

Serta, saya turut mengingatkan, saya x berminat utk melayan mereka yg kalah dgn emosi. Jadi sila kongsi bicara dgn hemah dan tata susila. X guna kita mengadu domba, mencerca sesama manusia, tapi kita sendiri tewas dgn emosi yg sezarah pun tidak pernah kita bersua.
TQ.

You Might Also Like

1 comments

About Me

Like us on Facebook