(wacana ilmu...ep.6)Bahang Politik Kampus Kian Terasa.

10:29 AM

Satu langkah berani apabila isu sensitif akan diutarakan di blog peribadi ini. (bahasa pun dah tukar jd skema la)....

Mengikut perancangan, pd 28 jan ini akan berlangsungnya pilihanraya kampus khasnya di Universiti Malaya. Ramai dalam kalangan mahasiswa sendiri seakan endah2 x endah dgn pilihanraya kampus yg akan berlangsung hujung Januari nnt.

entri kali ni bukanlah mahu menghentam mana2 pihak, tidak juga utk memberi promosi murahan kpd parti yg bertanding (walaupun tiada istilah parti dalam pilihanraya kampus), tetapi, lebih kepada memberi komen membina ke arah merealisasikan politik yg adil dan demokrasi.

sesungguhnya, bg saya di era millennium ini, politik di Malaysia serta tidak mustahil di kampus2 juga sudah hilang 'kesucian' & 'kemurnian'nya. seakan2 terbiasa, kedua2 pihak bertelagah dalam memancing undi mahasiswa, yg secara dasarnya, perpaduan masyarakat kian tergugat dan terhakis.

Amalan fitnah antara satu sama lain turut menyumbang kejatuhan nilai integriti mahasiswa. adakah ini yg dikatakan sebagai warga insan minda kelas pertama? Pelbagai cara yg dilakukan dlm usaha memancing undi tidak kira secara bersih mahupun kotor, namun sedarkah wahai para pemimpin, perlakuan inilah yg membunuh segala janji2 manifesto yg anda tabur.
saya tidak menyerang mana2 pihak, kerana kdua2 pihak melakukan perkara yg 'betul & salah' yg jika ditimbangtara, indeks kejujuran dan ketelusan adalah lebih kurang sama. justeru, tidak hairanlah, menjelang pilihanraya kampus ini, sudah ada jemputan 'pelik' yg x pernah dibuat sebelum ini, bg menarik sokongan mahasiswa. Namun inilah realiti politik. Sudah dekat pilihanraya baru jentera sibuk buat itu ini.
Para pemimpin,

Cepat! adakan konsert bg menarik undi mereka yg dahagakan hiburan.
Cepat! adakan ceramah agama bg mereka yg cintakan ilmu islam
Cepat! adakan majlis konsep 1Malaysia, walau niat bertaburan,

dan mahasiswa,

Cepat! pilihlah calon yg berkualiti,
jgn pandang parti apa yg mereka barisi.
Kerana undi anda lebih bermakna di kemudian hari,
biar mereka letak calon yg berintegriti.


Disclaimer:
Penulisan di atas adalah atas buah fikiran dari sisi peribadi penulis tanpa didorong mana2 pihak. Pertimbangan positif amat diharapkan.

You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook