(Lakaran Kehidupan...ep.8) Ekspedisi ke Gunung Datuk, Negeri Sembilan.

9:51 PM

Pemandangan jauh, puncak Gunung Datuk.


Pada 23 Jan 2010, satu lagi gunung sudah ku tawan... Wakaka, (mcm banyak sgt je gunung yg aku tawan sblum ni).... Kalo nk Diikutkan, ni kali kedua la aku memanjat bukit bukau, gunung ganang... Tetapi, panjatan dan dakian kali ini amatlah mencabar stamina dan mental, dan kesabaran aku....
Ekspedisi ini merupakan anjuran Angkatan Kejuruteraan Islam Universiti Malaya (AKIUM). Kitorg bertolak pkul 9 pg dr UM, dan sampai pkul 1145 kt sana. So pendakian kitorg dimulakan pd pukul 1230.
Apa yg menarik ttg Gunung Datuk ini?

1. laluan mmg mencabar, dengan ketinggian 2900kaki dr paras laut, amatlah tinggi pd penilaian aku yg 'aktif' mendaki bukit ni.

2. Kecerunan yg amat cerun dgn 80-90 darjah, bermakna lutut korg kenalah kuat dgn angle yg hampir menegak itu...

3. Laluan yg sukar, x de la sukar, tp namapun gunung kan, mana ada laluan pejalan kaki berturap, so mmg kena hadapi la, batu2 tajam, jln berliku, pokok2 besar, dan akar2 kayu yg berselirat.
Puas hati, akhirnya sampai ke puncak.
Pemandangan dari puncak Gunung Datuk
so, disimpulkan, ekspedisi kali ni best jugak pd aku, kerna adanya 'tempat misteri'. selain tu, dgn kepuasan maksimum coz bleh sampai ke atas puncak walopun pernah aku berada di zon 'give up'. bayang kan, suku perjalanan, aku dah mcm rasa mustahil nk sampai puncak, tp akhirnya berjaya, walopun dgn slow n steady motion.... haha
jd, bg anda yg berminat nk daki gunung ni nnt, sila2lah bersedia dulu ye, dgn stamina.... kalo x mmg pancit.
Laluan yg curam.

Trivia:

> Disertai 78 org peserta

> Masa diambil utk sampai puncak:

cukup stamina = 1 jam 45 min

kurang stamina = 2 jam hga 3 jam

> Masa diambil utk turun: 1jam hga 2 jam
p/s Apakah 'tempat misteri' yg aku maksudkan? tggu entri seterusnya. Pendedahan berani dan gempar!!!

You Might Also Like

0 comments

About Me

Like us on Facebook