(Wacana Ilmu...ep.9) Fikir Sejenak, realiti PRK UM 09/10

11:31 PM

Haisy, ni mcm blog politik la plak. nway, suke ati la nk letak ape pun kan... huhu
Insyaallah, diz is my last entri ttg PRK UM sesi 09/10.

Bukan ape, rugi la kalo kita x kupas ttg prk ni, sebab keputusan rasmi pun br beberapa hari diumum stakat hari ni, so aku kira isu ni msih rasional la.... huhu

jadi, sah2 la, bila isu pilihanraya ni diutarakan, pasti la ada kisah parti2 yg bertanding. so aku akan cuba la utk menjadi neutral, coz itulah jalan yg terbaik. kang kena saman, x pasal2 plak kan.... haha

hari ni hr sabtu, tp yg pelik semalam msh ada demonstrasi mendesak TNC HEP utk letak jawatan. hurm, apa kes ni??? cukup berdaulat ke kita student UM utk desak org yg dah sah2 berkaliber dan banyak pengalaman, suh under diri? haru je...so kt sini gak aku nk share lah foto 'kenangan' PRKUM 09/10 ni... maaflah kalo pic2 ni mcm menyebelahi 1 pihak je. tp sah2lah isu yg panas je akan ada dlm blog ni... dats mean, apa yg mereka buat ni, sah2 la panasss..... haha

Pertama, Aku hairan yg amat, bila tgk mahasiswa kita ni, mcm struggle x kena tempat. Biar apapun, usaha mereka ni wajar dipuji. Bukan apa, bukan sng nk dpt mahasiswa yg sgt aktif dan komited dgn xtvt pertubuhan2 ni... sdgkan yg lain, study memanjang, x join n kdg2 xtau pon apa yg berlaku dlm kampus(harap je student UM). Tapi... (ada tapinya), mengapa pilih cara demonstrasi? Wahai pihak 'ini', anada melaungkan ttg reputasi UM yg malu dgn segala macam apa yg anda bangkitkan, tp anda sedar atau tidak, apa yg korg buat pun menyumbang 'kemaluan' kpd UM... yes, korg mmg kata, mng kalah bukan ukurannya(ayat yg sama digunakan penyokong pihak ini), tp realitinya, kalo korg yg menag dgn sistem e-undi g bobrok dgn segala macam tipu helah ni, ada ke korg nk canang korg menang dgn cara yg x demokrasi?

so, jwb je la dlm hati ye.... hanya korg yg tahu kan...

keduanya, mengapa perlu agama dipolitikkan? aku jenuh dgn tuduhan2 pihak ini x kira la kt facebook ke, kt memane la, asyik ckp seolah2 mcm pihak mereka je yg perjuangkan islam. dan, kal undi pihak yg satu lg, mmg semuanya pilih jln yg slh la.... ??? aku tertanya2 la jgk kan. wah, baik sgt ke korg ni... (mst dorg akan kata, kami x perfect, sbb manusia biasa) tp sama juga dgn pihak yg anda tuduh itu, mereka juga x perfect. so how? mcm mne korg bleh judge org camtu?

aku teringat satu tazkirah asar mase skolah dulu. Kisah pelacur, tp disebabkan dia bg minum kt anjing yg kehausan di pdg pasir, dia masuk syurga. aku xde la link yg akan menunjukkan crita ni satu kisah fakta yg tepat dan benar. tp, mcm kondisi skarang, eventhough satu pihak ini terkenal dgn imej muslim sejati, dan satu pihak lg dicop lebih 'keduniaan' dan lebih 'sosial', x wajar la kita nk judge org mcm tu je (erm bukanlah nk kata penyokong penggerak spt pelacur tu, tp sbg mahasiswa uni perdana, anda tahu kan kias nya...). kata pihak ini jahat la, or what so ever..... siapa kita?

ketiga, aku sgt terkejut la dgn budaya2 yg aku rasa, x sesuai lo dgn stakat PRK je... tahap kampus la, bukan nasional lg, tp kita bertindak mcm dah nk tubuh kerajaan negara. ini br PRK, kalo PRU, harus mereka2 ini bertindak lebih .......... (ha isi sendiri ye perkataan apa yg sesuai.).

so, aku x berniat nk malukan atau mengaibkan mana2 pihak, sbb semua ada kelemahan sendiri. percayalah, student UM bukanlah terlalu taksub dgn parti2 kecuali mereka2 yg betul2 excited nk jd pemimpin tu. tp x salah, asalkan kena pd caranya. tp tolonglah sama2 jg nama UM. anda laung UM malu, tp siapa yg memalukan UM? (ha, jwb sendiri jgk ye).

so, kt sini aku letak jugak surat pengumuman ttg keputusan rasmi PRKUM 09/10. bacalah dgn teliti. dan, kalo stil ragu, ha, desak la NC lg buat siasatan kesahihan surat ni pulak.

Untuk Paparan Lebih Selesa Klik Sini

Nota Kaki:
> Perhimpunan pd pg jumaat dihadiri lbh kurg 200 org. 3/4 adalah wanita. (ini barulah membela mahasiswi... tul ke?)

> Perhimpunan pd ptg jumaat dihadiri lebih kurang 150 org. majoriti adalah wanita.

> Penggerak menang 21 kerusi manakala ProM menang 17 kerusi.

> Hairan apabila ProM menang di UMT yg juga menggunakan sistem e-voting tidak pula rancak membantah sistem itu... (nape, sistem evoting kt UM ni kampung ke?)

> Kebanyakan penyokong Penggerak, bergurau " mase mgu haluan siswa keluar suara pun xnak, kt sini boleh pula". - ala dorg suarakan benda yg perlu dan penting je. haluansiswa tu ape sgt la kan...

> Penyokong Penggerak bergosip apabila melihat adegan sesak tolak menolak mahasiswa lelaki dan perempuan di banguna Canseleri "erm, time ni boleh pulak berhimpit2 dgn bukan muhrim". - ala, ni emergency case la. dibolehkan... haha sape aku nk judge hukum2 ni??? hurm.

> Demo sebelah petang, mereka membawa dan menghempas pc sbg simbolik banah e-undi.

> Jumaat 5 feb 2010, satu lagi perarakan aman diadakan, menuntut demokrasi kampus dikembalikan, mendesak TNC HEP undur diri... ~ sgt profesional kan....

> Surat rasmi keputusan PRKUM 09/10 menyatakan tiada keraguan dlm sistem e-undi dan disahkan oleh konsultan yg dilantik pihak ProM sendiri, yg juga merupakan pelajar Universiti Harvard. namun, Pro M masih x puas hati...~ kenapa ni? pelik la. pdhal korg gak yg pilih org tu kan.... x tau la kalo dia pun kena rasuah...(demo lagi)

so, sbg penutup, harap semuanya kembali seperti biasa lepas ni. kita tgu pulak sesi depan ye.
apa2 pun, kpd barisan kabinet baru, slamat jalankan tugas. Jgn tgu nk pilihanraya dekat br nk buat majlis agama, nk buat konsert2 ok. itu sume taktik lapuk. haha, politik murahan.

utk lebih berita:

Pro Mahasiswa UM
Gerak Siswa

salam perpaduan utk semua. ingat utk blaja ye. ingt ibu bapa kita jgk. jgn nk berpolitik je.... hehe. tata.

(ada kwn aku mengadu, rumet dia menjauhkan diri bila tau dorg berbeza pati. agak2, yg berfikiran spt katak itu pihak mana? jwb sendiri ye...)

You Might Also Like

2 comments

About Me

Like us on Facebook